Selasa, Mei 30, 2006

Berbual bual

+ sihat hang hari ni?
- sihat jer, hang pulak?
+ sihat jugak
- apa aktiviti semalam?
+ semalam tak buat apa sangat pun. awal - awal pagi dah pergi buat medical check up. hospital ramai orang hari ni. pegi pukul 8 pagi, pukul 10 baru jumpa doktor.
- sian hang ye...
+ sian gak la sikit sikit. tapi takper. hospital kerajaan. standart la ramai ramai camtu
- lepas tu buat apa?
+ lepas medical check up ada urusan dekat pejabat daerah kejap, lepas tu baru gi makan
- petang buat apa pulak?
+ petang aku modified helmet. pagi satgi nak gerak gi Taiping, ada hal.bawak helmet sekali, member angkut ngan motor dia nanti.
- oh ok, ok. aku blah dulu, ada hal ni.
+ ok, jumpa lagi.

Isnin, Mei 29, 2006

Ke dalam jiwa

Renung renung semula pada diri sendiri. Bukan aku saja, kita semua bukan manusia sempurna. Ada pahala, tapi dosa banyak juga. Buat baik, tapi yang jahat tak ditinggal. Ada masanya, aku ada juga terfikir, apa gunanya sembahyang penuh, puasa penuh, tapi maksiat buat juga. Sepatutnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan mungkar, tapi budak budak remaja sekarang ( orang tua pun ada juga ) yang sembahyang rajin tapi bila berjumpa lelaki perempuan pegang pegang tangan ( kalau adik beradik takpela ). Itu salah satu contoh je. Banyak lagi yang lain - lainya.

Aku tak bermaksud nak bersikap sinis pada sesiapa, sebab macam aku kata tadi, kita bukan manusia sempurna. Kalau tak selalu pun, sekali sekala kita fikir fikirkanlah ( terutamanya pada budak budak remaja ). Kalau ada rasa nak buat perubahan yang positif, perubahan ke arah yang lebih baik, cubalah buat, pelan - pelan kayuh, nanti sampai jugak. Remaja - remaja kita sekarang ni bukannya tak bagus. Banyak yang bagus. Contoh termudah yang aku boleh bagi, Amalina la takpun Nicol. Masalahnya di sini dalam pada remaja - remaja seperti minah dua orang ni menempa kejayaan, kat luar sana tu, masih ramai yang terumbang ambing tak tentu hala, melalak ke sini ke sana tanpa tujuan dan matlamat, cuma nak seronok seronok je. Keseronokan yang aku yakin takkan tahan lama.

Aku dah rasa dan aku dah faham. Jangan tunggu sampai kita diuji dengan ujian yang berat barulah nak sedar. Sekadar nak mengingatkan kawan - kawan yang lain, aku dah merasa ujian yang berat tu ( kepada mereka yang tahu apa yang terjadi, tentu faham apakah ujian berat yang aku dah hadapi tu, tak payah la aku bercerita di sini ). Jadi sementara kalian yang masih belum merasainya,( yang dah merasa, tentu faham ) eloklah renung - renung kembali seluruh kehidupan yang dah kalian lalui. Jika ada yang boleh diperbetul, betulkanlah, pelan -pelan kayuh, nanti sampai jugak.

"dari detik itu, aku mula belajar melihat ke dalam jiwa sendiri, sedalam - dalamnya, meneroka jiwa itu, sesungguh - sungguhnya, kerana jiwa itu belum benar - benar teguh tiang imannya"

"Dia"

Memetik kata - kata Dato' Jins Shamsudin dalam salah satu rancangan yang diterbitkan Astro baru - baru ini.

"Beliau ialah manusia biasa yang luar biasa"

Mana mungkin kata - kata itu tidak benar kerana "beliau" memang seorang yang luar biasa walaupun sebenarnya hanya manusia biasa. Kerja - kerja dan hasil seni "beliau" tidak ada tandingan pada masa kini. "Beliau" seorang genius dalam dunia seni dan perfileman tanah air.
Tak perlulah nak bercerita tentang betapa hebatnya kerja "beliau" kerana semua orang di Malaysia ini sudah tahu kehebatan hasil kerja "beliau". "Beliau" sentiasa dalam kenangan.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah Ta'ala.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Tan Sri P.Ramlee - Seorang seniman agung yang sentiasa diingati.

Tiba - tiba sahaja...

Senyap - Diam - Sunyi,
Tanpa suara,
Tidak berkata,
Belum mahu berbicara,
Sekadar memerhati sahaja,
Berfikir,
Mencana minda,
Menyusun baris kalimah,
Terhasilnya hujah,
Akal tidak mahu terus meredah,
Bimbang akhirnya nanti rebah.

Awal pagi itu baru dia sedar, dia yang bersalah. Semalam dia melawan habis - habisan. Sangkanya dia betul, tapi tidak. Bagai mendapat kesedaran sebenar, dia baru sedar ilmunya secangkir sahaja. Lima waktu pun lintang pukang tiba - tiba mahu berlawan kata menyatakan kita dia itu salah dan dia itu betul. Terang - terang lelaki dan perempuan itu dicekup dek berlaku sumbang. Lelaki itu kawannya, tidak semena-mena dia muncul semalam berhujah mereka berdua itu suka sama suka walau belum nikah. Kepala hotak dia berjambul. Dia ingat ini Amerika atau pun England ke? Sebab dah tau dia memang sengal kerana membela orang salah, malam itu dia pergi begitu saja - ada rasa tak puas hati.

Tiba - tiba pagi itu dia sedar silapnya semalam. Tiba - tiba sahaja??

Sungguh pelik..!?

Macam biasa.. Macam hari - hari sebelumnya.. Warung kopi itu sentiasa penuh dengan lelaki lelaki yang bijaksana, bijaksini dan bijaksitu. Semua topik yang didiskusi memang menarik dan menolak. Tapi yang peliknya, dari pagi hingga ke petang ada saja topik yang dibual atau dalam erti kata lain dibincangkan dengan bersungguh-sungguh.. Malah ada juga sesetengah mereka membawa sampai ke malam. Ada juga yang bukan main bercakap hal agama itu dan ini, tapi bila Azan berkumandang mereka yang pandai agama itu masih di situ juga. Ada juga yang sampai naik tocang bersembang isu politik dan ekonomi, tapi bila sampai tahun pilihanraya, mengundi pun tidak. Tanah sebidang yang ada pun cuma penuh dengan lalang. Bercakap hal ekonomi bukan main lagi, tapi ke hulu ke hilir masih naik basikal tua.

Bertambah pelik lagi, banyak dari mereka melayu - melayu belaka. Ada juga sekerat dua cina india, tapi datang minum makan je, kemudian bawa diri. Lelaki lelaki yang sibuk bertarung dam tak payah cakapla. Papan dam tu pun dah naik pening di bawa ke hulu hilir dari satu meja ke meja lain. Tokey warung tu untung tetap untung juga, tapi rasa - rasanya tokey tu pun boleh bankrap juga satu hari nanti, mana taknya, melayu - melayu yang duduk di situ, bila punggung dah letih melepak di warung kopi, terus bawa badan balik, sambil mulut melaung kepada tokey warung, "Macam biasala, masuk buku dulu".

Entah bila la pulak nak keluar buku ???

Dan hari - hari seterusnya, warung kopi itu tetap sama macam hari - hari biasa..

Entah sampai bila...

Sejuk

Dan..
Sejuk sejuk malam ini..
Tanpa bintang..
Rembulan sembunyi..
Angin diam..
Pohon tak goyang..
Sungai itu pula lesu..
Binatang binatang pula
entah mengapa tidur awal..
Manusia manusia pun
awal lena diulit mimpi..
Rumah - rumah bergelap..
Televisyen pun tidak berbunyi..
Kereta - kereta tidak meredah
jalan malam ini..
Sunyi dan sepi..
Dan..
Sejuk sejuk malam ni..
Pelik benar sejuknya..

Ahad, Mei 28, 2006

Busuk!!??

Dah lama tak jadi. Dulu dulu memang banyak kejadian yang macam ni. Selain kat area daerah kecil aku ni, kat daerah daerah lain dalam negeri ni pun dulu banyak terjadi kejadian ni. Tapi tu dulu, untuk beberapa lama ( memang lama pun sebenarnya) kejadian macam ni memang dah lama tak terjadi dan aku pun dah banyak tahun tak dengar kejadian itu berlaku.. Tapi hinggalah baru baru ni timbul balik hal itu.

Aku ingatkan dah tak ada manusia manusia kat daerah kecil aku yang amalkan perbuatan syirik tu, rupa-rupanya masih ada lagi. Kalau tak silap sejak dua ke tiga minggu ni dah tiga orang yang menemui ajal kerana perbuatan manusia - manusia syirik dan berhati busuk tu. Ada salah satu kedai makan kat pekan aku ni ( kedai makan tu kira besar gakla, tengah pekan pulak tu ) nampaknya memang down sejak sebulan ni.

Mengikut khabar yang aku dengar, manusia-manusia ni ada kumpulan sendiri, tak silap 6 atau 7 orang. Baru baru ni salah seorang daripada mereka dah kena tangkap. ( Orang jahat mmg tak lamanya ). Jadi sekarang ni, kedai - kedai makan memang kurang dikunjungi oleh penduduk - penduduk area daerah kecil aku ni. Aku pun dah beberapa bulan tak makan kat kedai. Manusia kalau dah hati busuk, memang menyusahkan orang lain sampai ada yang hilang nyawa sebab perbuatan syirik dan ilmu sihir.

Santau makanan dengan santau angin sama bahaya je sebenarnya, tapi santau angin lagi bahaya. Kes kes yang berlaku kat area aku baru semua jenis santau makanan. Perbuatan manusia berperangai keji berhati busuk yang langsung tak ada rasa takut pada tuhan. Aku tak tau la bila akan selesai kejadian kejadian, mungkin sampai semua ahli kumpulan tu kena tangkap.

Jauh jauhkan la diri daripada jadi manusia yang berhati busuk.

MIB

Seminggu dua asyik hujan je pulak. Tapi syukurlah, walaupun hujan lebat, tidaklah sampai banjir, syukur pada tuhan.Hujan tu rahmat dari Dia. Lelaki itu sekadar berbisik dalam hatinya.Dia duduk di birai pintu yang terbuka luas. Petang itu mendung seperti biasa. Seperti petang petang seminggu dua ini sambil dia merenung pada langit tinggi yang mendung itu.

"Barangkali hujan lagi petang ini"

Dalam hatinya masih bersyukur kerana hujan yang turun seminggu dua lepas itu memang hujan rahmat dari tuhan. Pokok - pokok di kebun cukup air nampaknya, semuanya tumbuh tumbuh segar sahaja. Walau jalan di kampung itu terus lecak kerana tanah di situ masih merah tapi tiada tanda tanda menyusahkan penduduk kampung. Penduduk penduduk di situ sudah biasa. Kampung mereka ini terpencil.

"Bila agaknya kerajaan nak sedar dengan kewujudan kampung aku ni"

Tiada rumah rumah batu di kampung itu. Tiada tiang elektrik apatah lagi tiang telefon. Pondok telefon awam tidak ada. Penduduknya pun bukan ribu ribu orang.. ratus ratus sahaja. Tapi rahmat tuhan ada, banyak tanah yang subur di kampung itu, binatang binatang peliharaan pun banyak diternak. Penduduk di situ pun rajin rajin belaka, baja yang digunakan baja organik yang mereka buat sendiri daripada najis najis haiwan ternakan. Kebun buah - buahan banyak benar hasilnya musim ini.

"Penduduk penduduk kampung aku ni tak perlu subsidi dari kerajaan pun. Subur dan tumbuh juga kebun serta hasil ternakan"

Dan petang esok dia lihat ramai orang dengan kereta warna hitam dengan suit cantik hitam putih berkaca mata hitam masuk ke kampungnya membawa gulungan - gulungan kertas yang agak besar.

" Man In Black ke tu?"

Wallet buruk?

Awal pagi ni, mata macam dah rasa nak lena.. tapi ingat nak usha tv dulu. Tapi sebelum berhenti layan internet di awal pagi begini, nak tulis sesuatu pulak rasanya.

Dulu dia cantik, maklumlah baru beli dari kedai. Tapi dia murah je, tak sampai sepuluh ringgit pun. Lagi pun wang - wang yang akan diletakkan di dalamnya pun bukannya jumlah yang banyak nanti. Bukan duit sendiri pun. Dia dijaga dengan baik walaupun sekali sekala dia diletakkan merata - rata, akibatnya beberapa kali duit dan IC di dalam hilang, tapi wallet buruk tu masih bertahan hingga sekarang dah berusia 4 tahun setengah.

Kalau wallet satu pun tak boleh nak jaga elok elok, boleh ke nak jaga diri sendiri dalam dunia yang makin mencabar ni. Mencabar dari segala segi. Dari aspek teknologi hinggalah ke penjagaan akidah kita masing masing.Jangan pekakkan telinga, jangan butakan mata, jangan warnakan hati dengan warna hitam semata, mulut pula ada masanya perlulah bersuara, tidak tidak pun bencilah dengan hati sedalam - dalamnya - sebab maksiat masih ada di merata - rata, tapi isu kita selalu timbul sekejap, lepas tu semua orang pejam mata balik.

Kemudian ada juga yang sebenarnya tak patut, tapi sebab masyarakat kita dah lihat benda tu macam benda normal maka jadilah perkara itu perkara biasa. Contoh termudah? Perempuan - perempuan melayu yang beragama Islam dengan nama berperkataan arab yang mengandungi makna tertentu tapi tak pakai tudung, ada yang pakai tapi bentuk tubuh masing terpampang untuk tatapan mata - mata durjana..

Sampai bila benda ini akan dipandang normal? Kita fikirilah sejenak ....
Dan sebenarnya masih banyak lagi hal hal sebegini.. Soalnya kita nampak atau tidak je..

Naik!!Turunnya bila?

Maka tunggulah hingga tiada apa lagi yang turun, dan waktu itu barangkali terpaparlah pada pandangan kita bila barisan dancing mula gelabah menyusun wacana mahu memenangi semula hati rakyat. Tak tahulah jika hilangnya sembilan kerusi negeri sarawak bisa menjadi pengajaran. Aku tidak mahu menonjolkan diri bahawa aku tidak baris itu dan baris ini. Seronok juga melihat geng roket menang lagi banyak kerusi dari yang sebelum ini. Jangan fikir manusia manusia rakyat Malaysia tidak sensitif.. kemudian senang senang lagi naikkan elektrik 12 percent. Gaji rakyat malaysia bukan semuanya macam gaji gaji menteri dan jangan bandingkan gaji penyapu sampah malaysia dengan gaji penyapu sampah di amerika syarikat.

Kalau otak dah korporat, maka adalah kekeparatannya sikit sikit. Musim musim bola sepak dengan panas dan membara, dan buletin tentang piala dunia ada di mana mana.. dan sudah tentu rakyat Malaysia akan berjaga malam menggunakan elektrik menonton perlawanan bola sepak, maka pantas pantaslah mereka itu yang memang ahli tentang hal korporat dan keparat menaikkan 12percent itu.

Tunggulah pulak bila air naik, dan tahun tahun mendatang akan naik lagi minyak agaknya dan selepas itu entah apalah pula yang akan naik. hingga semua rakyat malaysia yang kurang kurang itu makin turun nilai hidup mereka maka berdiri megahlah mereka yang duitnya di merata poket dan peti besi .. lantas aku mula bertanya sendiri.. kemiskinan sifar?? entah bila akan terjadi!!

Renung pada dinding itu..

Sudah pukul 245 pagi sekarang. Tadi selepas Isyak ada ceramah maulidurrasul kat dewan serbaguna. Walaupun tarikh kelahiran junjungan besar sudah lama lepas, tapi tak bermakna, kita lupakan saja baginda. Bila bila masa pun kita boleh anjurkan ceramah yang sedemikian rupa. Ramai juga orang yang hadir, tapi rasanya yang tak hadir lagi ramai. Maklumlah pada masa yang sama ada pulak konsert prelude AF sengal ubi tu.Tapi tinggalkan cerita AF bodoh tu, sebab aku memang tak berminat nak cerita pasai benda picisan lagi tak berguna tu.

Masa ceramah tadi ada budak budak kecil main dekat belakang dewan. Buat bising. Tapi aku tak kesah sangat, diaorang tu budak budak. Belum baligh lagi, tah tah ada yang tak dipotong hujung anunya tu lagi. Masa budak budak ni barangkali mereka tak tau sangat apalah hidup manusia ni sebenarnya. Dan hari ini, genap umur aku dah 20, pejam celik pejam celik, tau tau dah 20 tahun aku hidup atas muka bumi Allah yang indah dan permai ini. Rasa macam terus terus besar je tak pernah jadi kecik.

Adakalanya berasa seperti aku berdiri di atas tanah lapang yang kosong. Merenung jauh pada dinding maya yang tidak wujud, mencana fantasi dalam dunia mimpi, dan tiba tiba sedar tentang diri sendiri tatkala menanggung derita sengsara yang tidak terperi.. Dan ku tahu ku diuji Ilahi supaya waktu waktu senangku, aku tidak jadi manusia lupa diri.