Ahad, Mei 28, 2006

Renung pada dinding itu..

Sudah pukul 245 pagi sekarang. Tadi selepas Isyak ada ceramah maulidurrasul kat dewan serbaguna. Walaupun tarikh kelahiran junjungan besar sudah lama lepas, tapi tak bermakna, kita lupakan saja baginda. Bila bila masa pun kita boleh anjurkan ceramah yang sedemikian rupa. Ramai juga orang yang hadir, tapi rasanya yang tak hadir lagi ramai. Maklumlah pada masa yang sama ada pulak konsert prelude AF sengal ubi tu.Tapi tinggalkan cerita AF bodoh tu, sebab aku memang tak berminat nak cerita pasai benda picisan lagi tak berguna tu.

Masa ceramah tadi ada budak budak kecil main dekat belakang dewan. Buat bising. Tapi aku tak kesah sangat, diaorang tu budak budak. Belum baligh lagi, tah tah ada yang tak dipotong hujung anunya tu lagi. Masa budak budak ni barangkali mereka tak tau sangat apalah hidup manusia ni sebenarnya. Dan hari ini, genap umur aku dah 20, pejam celik pejam celik, tau tau dah 20 tahun aku hidup atas muka bumi Allah yang indah dan permai ini. Rasa macam terus terus besar je tak pernah jadi kecik.

Adakalanya berasa seperti aku berdiri di atas tanah lapang yang kosong. Merenung jauh pada dinding maya yang tidak wujud, mencana fantasi dalam dunia mimpi, dan tiba tiba sedar tentang diri sendiri tatkala menanggung derita sengsara yang tidak terperi.. Dan ku tahu ku diuji Ilahi supaya waktu waktu senangku, aku tidak jadi manusia lupa diri.

Tiada ulasan: