Isnin, Mei 29, 2006

Sungguh pelik..!?

Macam biasa.. Macam hari - hari sebelumnya.. Warung kopi itu sentiasa penuh dengan lelaki lelaki yang bijaksana, bijaksini dan bijaksitu. Semua topik yang didiskusi memang menarik dan menolak. Tapi yang peliknya, dari pagi hingga ke petang ada saja topik yang dibual atau dalam erti kata lain dibincangkan dengan bersungguh-sungguh.. Malah ada juga sesetengah mereka membawa sampai ke malam. Ada juga yang bukan main bercakap hal agama itu dan ini, tapi bila Azan berkumandang mereka yang pandai agama itu masih di situ juga. Ada juga yang sampai naik tocang bersembang isu politik dan ekonomi, tapi bila sampai tahun pilihanraya, mengundi pun tidak. Tanah sebidang yang ada pun cuma penuh dengan lalang. Bercakap hal ekonomi bukan main lagi, tapi ke hulu ke hilir masih naik basikal tua.

Bertambah pelik lagi, banyak dari mereka melayu - melayu belaka. Ada juga sekerat dua cina india, tapi datang minum makan je, kemudian bawa diri. Lelaki lelaki yang sibuk bertarung dam tak payah cakapla. Papan dam tu pun dah naik pening di bawa ke hulu hilir dari satu meja ke meja lain. Tokey warung tu untung tetap untung juga, tapi rasa - rasanya tokey tu pun boleh bankrap juga satu hari nanti, mana taknya, melayu - melayu yang duduk di situ, bila punggung dah letih melepak di warung kopi, terus bawa badan balik, sambil mulut melaung kepada tokey warung, "Macam biasala, masuk buku dulu".

Entah bila la pulak nak keluar buku ???

Dan hari - hari seterusnya, warung kopi itu tetap sama macam hari - hari biasa..

Entah sampai bila...

Tiada ulasan: