Ahad, Mei 28, 2006

MIB

Seminggu dua asyik hujan je pulak. Tapi syukurlah, walaupun hujan lebat, tidaklah sampai banjir, syukur pada tuhan.Hujan tu rahmat dari Dia. Lelaki itu sekadar berbisik dalam hatinya.Dia duduk di birai pintu yang terbuka luas. Petang itu mendung seperti biasa. Seperti petang petang seminggu dua ini sambil dia merenung pada langit tinggi yang mendung itu.

"Barangkali hujan lagi petang ini"

Dalam hatinya masih bersyukur kerana hujan yang turun seminggu dua lepas itu memang hujan rahmat dari tuhan. Pokok - pokok di kebun cukup air nampaknya, semuanya tumbuh tumbuh segar sahaja. Walau jalan di kampung itu terus lecak kerana tanah di situ masih merah tapi tiada tanda tanda menyusahkan penduduk kampung. Penduduk penduduk di situ sudah biasa. Kampung mereka ini terpencil.

"Bila agaknya kerajaan nak sedar dengan kewujudan kampung aku ni"

Tiada rumah rumah batu di kampung itu. Tiada tiang elektrik apatah lagi tiang telefon. Pondok telefon awam tidak ada. Penduduknya pun bukan ribu ribu orang.. ratus ratus sahaja. Tapi rahmat tuhan ada, banyak tanah yang subur di kampung itu, binatang binatang peliharaan pun banyak diternak. Penduduk di situ pun rajin rajin belaka, baja yang digunakan baja organik yang mereka buat sendiri daripada najis najis haiwan ternakan. Kebun buah - buahan banyak benar hasilnya musim ini.

"Penduduk penduduk kampung aku ni tak perlu subsidi dari kerajaan pun. Subur dan tumbuh juga kebun serta hasil ternakan"

Dan petang esok dia lihat ramai orang dengan kereta warna hitam dengan suit cantik hitam putih berkaca mata hitam masuk ke kampungnya membawa gulungan - gulungan kertas yang agak besar.

" Man In Black ke tu?"

Tiada ulasan: