Khamis, Disember 21, 2006
Selasa, Disember 19, 2006
Cemerlangkah kita?
Semasa tengah sarapan pagi ini saya mendengar kuliah dalam rancangan bicara mufti yang disiarkan di RTM1. Antara perkara menarik yang diperkatakan beliau ialah hakikat kecemerlangan. Bagaimana sebenarnya kita mengukur kecemerlangan itu sendiri?
Secara ringkasnya kita melihat cemerlangnya seorang pelajar apabila dia memperoleh keputusan peperiksaan yang baik. Kita melihat cemerlangnya seorang peniaga apabila dia mengaut banyak keuntungan dan membuka banyak cawangan. Kita melihat cemerlangnya seorang ahli politik apabila dia dengan jayanya memberi khidmat kepada rakyat lantas dapat bertahan dalam parti untuk beberapa penggal. Itu cemerlang yang kita nampak. Tapi apakah mereka ini betul - betul cemerlang, benarkah cemerlang begini cemerlang dalam erti kata sebenar?
Cemerlangkah seorang pelajar universiti yang mendapat keputusan 4.o tiap tiap semester tetapi tidak pernah mendirikan solat 5 waktu sehari semalam. kalau didirikan pun mungkin 3 atau 2 waktu sahaja. Cemerlangkah seorang peniaga yang untung juta juta ringgit tapi mengamalkan riba' dan menipu pelanggan. Cemerlangkah seorang ahli politik yang bertahan banyak penggal tapi menerima dan memberi rasuh, menipu duit rakyat dalam diam. ??? Benar cemerlangkan mereka semua ini?
Sesungguhnya hari ini kita masih belum dapat melihat hakikat kecemerlangan. Terlalu banyak penipuan dalam negara kita ini, terlalu banyak kepura-puraan, terlalu banyak retorik-retorik yang sekadar mahu menyedapkan hati rakyat.
Satu lagi, kita masih belum cemerlang, kalau kita belum sama - sama dapat merasai perit sengsara yang dideritai oleh saudara-saudara di Palestin, Iraq, Lubnan dan kita masih belum cemerlang kalau kita tidak kenal dan tidak tahu hal perjuangan demi menegakkan Islam yang dipikul saudara - saudara se-Islam kita seperti yang sedang dilakukan oleh Hamas dan Hizbullah.
Semoga, setiap nafas kita, akan menjadikan kita lebih baik dan cemerlang. InsyaAllah.

Ahad, Disember 17, 2006
MPR 2006
Saya baru pulang dari Minggu Penulis Remaja 2006. Syukur, banyak manfaat yang saya peroleh daripada MPR ini. Banyak ilmu baru yang saya peroleh. Jika diizin Allah, saya akan sedaya upaya memanfaatkan segala ilmu tersebut demi kebaikan agama, bangsa dan negara.
Bertemu dengan orang - orang besar sastera, penulis penulis muda yang sedang mencipta nama dan telah mencipta nama serta sahabat sahabat baru yang baru setahun jagung dalam alam penulisan tapi punya wawasan yang besar memang merupakan pengalaman yang tidak akan hilang daripada ingatan ( melainkan saya jadi gila ).
Paling penting, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak DBP terutamanya kepada Abang Shahrun, Kak Zeti dan Kak Yaya selaku sebahagian daripada urusetia MPR yang banyak membantu kami sepanjang kami mengikuti MPR yang mereka selia ini.
Juga berbanyak terima kasih kepada mentor mentor - Kak Nisah, Kak Rai, Abang Zaid, Abang Shamsuddin, dan Abang Lutfi kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai penulis. Jasa kalian akan terus dikenang dan InsyaAllah secara peribadi saya akan terus kuat menulis dan pastinya rakan rakan yang lain juga akan tegar dan tabah menulis, sesekali tidak akan menghancurkan harapan pihak DBP dan mentor mentor.
Buat sahabat sahabat MPR 06, jangan dilupa kenangan manis dan ingat kita ada perjuangan yang mesti dilaksanakan dan kita punya tanggungjawab yang perlu dipenuhi dan di pundak kita terpikul amanah besar demi memelihara kedaulatan dan kesucian agama, bangsa dan negara.
terang terang bulan purnama,
hiasan angkasa di malam hari,
kalau ada izin Yang Esa,
pasti kita ketemu lagi.

Sabtu, Disember 09, 2006
Bersiap sedia
Tengah tengah malam cam ni, aku baru lepas habis packing barang nak pergi Minggu Penulis Remaja (MPR) kat Port Dickson ahad ni. Pagi nanti bertolak pergi KL dulu, stay kat rumah aunty ,pagi nanti gerak dengan family. Lepas hantar aku hari ahad nanti, ibu dengan abah nak bawak adik adik pergi cuti cuti kat Melaka.
Aku macam tak percaya je dapat offer dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk join MPR tu. Syukur, syukur. Harapnya dapat la aku tambah ilmu dan pengetahuan aku tentang alam penulisan ni. Sehubungan dengan itu, blog ini tak akan di update lebih kurang dalam masa seminggu bermula sebentar lagi sampai sabtu minggu depan.
Aku pun tak cukup rajin sebenarnya nak tulis entri ni, tapi nak tulis jugak walaupun pendek. That's all la.
p/s: Port Dickson!! I'm coming for you..

Isnin, Disember 04, 2006
Puisi : Bila Engkau Tiada
Rintik - rintik hujan petang ini
bagai tangisan kerinduan hatiku
bila engkau tiada
kuharap hadirmu disisi
dan bila rintik rintik hujan itu pergi
kerinduan hatiku masih belum berhenti
kerna bila engkau tiada
duniaku terasa suram dan kelam
lalu terasa ditertawakan dek seluruh alam
betapa saban waktu
kau tidak mengerti betapa kumerindu
padamu yang sentiasa ada didepanku
raut wajahmu yang manis itu
selalu mambuatku jadi tak tentu
hari ini bila kau tiada
tiap saat bila kau tiada
ku berharap kau hadir tiba tiba
menemaniku di sisi setiap masa
walau tiada kalimah bakal terungkap antara kita
cukup sekadar dapat kutatap wajahmu yang jelita
sukarnya bagiku bila engkau tiada.

Sabtu, Disember 02, 2006
Balik
Alhamdulillah, petang tadi selamat pulang dari Taiping.. Seronok dapat jumpa kawan - kawan, Nabil, Aliph, Suhel, Muim, Yeop, Rafie, Muhaimin.. Special thanks kat Nabil yg angkut aku kat Taiping, Aliph yang jadi drebar part time dan Muim yang tolong angkut aku ke stesen bas taiping petang tadi.
Main event jadi jugak. Bertandang kat rumah Puan.Hajerah, cikgu reka cipta juga cikgu akaun (pada Nabil la ) yang disayangi. Asal jumpa Puan. Hajerah je mesti byk cerita hot, dan itupun tujuan kiteorang pergi rumah beliau, nak dengar cerita hot pasal setiap yang berlaku kat MRSM Taiping. Nak harap kiteorang menapak kat Maktab tu, memang malas la.
Lepas ni tak tau la pulak bila dpt jumpa ngan dieorang dan bila la pulak dpt jumpa Puan Hajerah lagi. Cuti ni pun bukannya lama sgt, 2 atau 3 januari dah nak masuk balik dan nak struggle untuk new semester. Perjuangan masih panjang lagi. Pahala entah bertambah entah tidak, tapi dosa tetap jalan macam biasa.. Mohon sejuta keampunan dari Yang Maha Pengampun.. hidup ni tak pernah lepas daripada buat dosa..
Hari ni berdosa lagi.. Moga ada kasih sayang dari-Nya diampunkan dosa dan diberi masa untuk mohon maaf atas dosa sesama manusia.. Ya ALLAH, ampukanlah dosa dosa hambamu ini dan diberi kekuatan untuk memohon maaf daripada manusia lain.. AMIN YA RABBALAL'AMIN..

Langgan:
Catatan (Atom)