Selasa, Disember 19, 2006

Cemerlangkah kita?

Semasa tengah sarapan pagi ini saya mendengar kuliah dalam rancangan bicara mufti yang disiarkan di RTM1. Antara perkara menarik yang diperkatakan beliau ialah hakikat kecemerlangan. Bagaimana sebenarnya kita mengukur kecemerlangan itu sendiri?

Secara ringkasnya kita melihat cemerlangnya seorang pelajar apabila dia memperoleh keputusan peperiksaan yang baik. Kita melihat cemerlangnya seorang peniaga apabila dia mengaut banyak keuntungan dan membuka banyak cawangan. Kita melihat cemerlangnya seorang ahli politik apabila dia dengan jayanya memberi khidmat kepada rakyat lantas dapat bertahan dalam parti untuk beberapa penggal. Itu cemerlang yang kita nampak. Tapi apakah mereka ini betul - betul cemerlang, benarkah cemerlang begini cemerlang dalam erti kata sebenar?

Cemerlangkah seorang pelajar universiti yang mendapat keputusan 4.o tiap tiap semester tetapi tidak pernah mendirikan solat 5 waktu sehari semalam. kalau didirikan pun mungkin 3 atau 2 waktu sahaja. Cemerlangkah seorang peniaga yang untung juta juta ringgit tapi mengamalkan riba' dan menipu pelanggan. Cemerlangkah seorang ahli politik yang bertahan banyak penggal tapi menerima dan memberi rasuh, menipu duit rakyat dalam diam. ??? Benar cemerlangkan mereka semua ini?

Sesungguhnya hari ini kita masih belum dapat melihat hakikat kecemerlangan. Terlalu banyak penipuan dalam negara kita ini, terlalu banyak kepura-puraan, terlalu banyak retorik-retorik yang sekadar mahu menyedapkan hati rakyat.

Satu lagi, kita masih belum cemerlang, kalau kita belum sama - sama dapat merasai perit sengsara yang dideritai oleh saudara-saudara di Palestin, Iraq, Lubnan dan kita masih belum cemerlang kalau kita tidak kenal dan tidak tahu hal perjuangan demi menegakkan Islam yang dipikul saudara - saudara se-Islam kita seperti yang sedang dilakukan oleh Hamas dan Hizbullah.

Semoga, setiap nafas kita, akan menjadikan kita lebih baik dan cemerlang. InsyaAllah.

Tiada ulasan: