Sabtu, Disember 02, 2006

Balik

Alhamdulillah, petang tadi selamat pulang dari Taiping.. Seronok dapat jumpa kawan - kawan, Nabil, Aliph, Suhel, Muim, Yeop, Rafie, Muhaimin.. Special thanks kat Nabil yg angkut aku kat Taiping, Aliph yang jadi drebar part time dan Muim yang tolong angkut aku ke stesen bas taiping petang tadi.

Main event jadi jugak. Bertandang kat rumah Puan.Hajerah, cikgu reka cipta juga cikgu akaun (pada Nabil la ) yang disayangi. Asal jumpa Puan. Hajerah je mesti byk cerita hot, dan itupun tujuan kiteorang pergi rumah beliau, nak dengar cerita hot pasal setiap yang berlaku kat MRSM Taiping. Nak harap kiteorang menapak kat Maktab tu, memang malas la.

Lepas ni tak tau la pulak bila dpt jumpa ngan dieorang dan bila la pulak dpt jumpa Puan Hajerah lagi. Cuti ni pun bukannya lama sgt, 2 atau 3 januari dah nak masuk balik dan nak struggle untuk new semester. Perjuangan masih panjang lagi. Pahala entah bertambah entah tidak, tapi dosa tetap jalan macam biasa.. Mohon sejuta keampunan dari Yang Maha Pengampun.. hidup ni tak pernah lepas daripada buat dosa..

Hari ni berdosa lagi.. Moga ada kasih sayang dari-Nya diampunkan dosa dan diberi masa untuk mohon maaf atas dosa sesama manusia.. Ya ALLAH, ampukanlah dosa dosa hambamu ini dan diberi kekuatan untuk memohon maaf daripada manusia lain.. AMIN YA RABBALAL'AMIN..

Tiada ulasan: