Jumaat, Jun 30, 2006

Gelap ... ??

Aku sampai ke sana lewat malam. Semua rumah sudah tiada bercahaya. Jalan - jalan pun sunyi sepi. Malam itu sangat gelap, tiada bulan tiada bintang. Gelap, tapi mujur ada lampu - lampu jalan yang menyala. Malam yang gelap dan dingin. Sejuk. Aku tidak pernah sampai ke sana, ini pertama kalinya. Bagai manusia yang tersesat ( sebab aku memang sesat ), maka aku melilau lilau di kawasan perumahan itu. Aku terus melilau dan tetap melilau lagi, susah benar melilau dalam pekat gelap malam, walaupun berteman cahaya lampu jalan. Setelah penat melilau aku keletihan dan duduk di tepi jalan merenung langit malam yang gelap dan aku gagal memahaminya, gagal memahami mengapa aku tersesat di waktu begini dan di tempat begitu.

Aku harap aku hanya bermimpi kemudian aku tidak tahu apa yang berlaku..

p/s : sungguh tidak berguna tulisan di atas, aku langsung tidak mendapat sebarang manfaat daripadanya, andai kamu dapat sebarang manfaat, tolong beritahu aku kerana itu akan menjadikan kamu seorang hero yang tidak faham apa - apa..!! ( maka sudah tentu kamu tidak akan memberitahu aku kan?? )

Tolong.

Sayang,
tolonglah,
tutup mulut itu,
aku sudah benci dengan pujuk rayu,
dan engkau masih begitu,
ke hulu dan ke hilir tanpa arah tuju!!

Akhirnya engkau tersungkur dan
aku memang tidak berminat untuk
membantu!!

Sekian, ku bawa diri dulu.. padan muka kamu..

Bukan pejuang..!!

Aku bukan pejuang, walau hakikat aku ingin jadi pejuang, tapi tidak mengapalah, biarlah mereka yang lebih tabah dan teguh menjadi pejuang, dan aku hanya berjuang dalam diriku sendiri. Berjuang yang tidak sudah walau aku memang bukan pejuang.

Aku bukan pejuang yang tahu memegang senjata, berkawad saban hari serta melakukan itu dan ini. Aku memang bukan .. ( tapi tidak tahulah kamu bagaimana, aku yakin kamu hanya perasan betapa kamu menyangka diri kamu seorang pejuang, hakikatnya kamu bukan ).

Aku memang bukan pejuang, tapi aku juga bukan si bodoh yang yang buta hati tidak mengerti betapa tanah ini bukan terus - terus merdeka dan makmur begini, aku tahu pejuang sebenar ramai yang sudah tiada ( dan kamu bukan sebahagian daripada mereka ).

Biar aku ingatkan.. aku dan kamu bukan pejuang, tapi kita anak warisan bekas - bekas pejuang yang berharap kita sedar merdeka tanah ini bukan mudah dan aku yakin ramai di antara kamu yang masih tidak sedar diri.. ( sudahlah kamu bukan pejuang, tidak reti pula hendak meghargai perjuangan )..

Subuh

Aku bukanlah seseorang lelaki yang lima waktunya sehari semalam berjemaah di masjid, tetapi lima waktu itu tetap wajib walaupun tidak berjemaah. Soalnya kenapa aku bukan lelaki yang lima waktunya sehari semalam berjemaah di masjid, mudah.. kerana aku seorang remaja lelaki awal usia puluhan yang hidup pada zaman moden, zaman serba canggih, zaman teknologi maklumat yang mana ramai(bukan semua)remaja - remaja pada zaman itu sudah tidak faham erti kata sebenar beragama walaupun nama mereka masih dihasilkan daripada perkataan perkataan arab yang punya maksud yang elok - elok dan yang ramai itu tidak punya kesedaran untuk berubah ( aku bukan dalam golongan ini dan harapnya kamu yang membaca pun tidak ).

Aku jarang-jarang atau mungkin boleh dikata amat susah untuk melihat anak - anak muda remaja ( 18 - 25 ) yang menghadirkan diri mereka ke masjid untuk berjemaah sekurang - kurangnya untuk satu waktu dalam satu hari itu. Memang ada, tapi dalam satu daerah yang ada ratusan remaja itu, mungkin seorang berdua sahaja yang ada hadir ( tuhan saja yang tahu keikhlasan mereka ). Aku melihat banyak masjid - masjid cantik yang tidak dihargai oleh golongan muda - mudi dah hanya diimarahkan oleh golongan tua-tui tapi sampai bila golongan tua-tui ini akan mengimarahkan masjid andaikata yang muda - mudi masih tidak ada kesedaran diri. Jawapannya .. aku sendiri tidak tahu dan kamu fikirlah sendiri kerana aku suka kita sama - sama berfikir..

p/s : aku tahu kamu - kamu yang mengenali aku tentu menyampah dengan tulisan aku ini atau dengan aku sendiri kerana aku tahu kamu fikir aku hipokrit , tapi ikut suka hati kamulah kerana kamu hanya mengenali aku tidak mengetahui diri ku.

Jack N Jill

Tatkala pagi ini, dan kepala aku dah rasa pening - pening sikit, aku pun tak pasti sebab apa aku sanggup stay sampai ke pagi mengadap internet sambil membuang masa. Bukankah lebih baik kalau aku tidur seawal pukul 12 tengah malam kemudian bangun pukul tiga pagi untuk bermunajat dan kamu yang membaca jangan mengkritik aku kerana Isyak pun belum tentu kamu tunaikan!!!

Sedap jugak keropok Jack N Jill yang dibeli petang tadi, dijamah ketika mata masih segar mengadap YM. Ini adalah saat - saat akhir di rumah dan tak lama lagi aku terpaksa mengulang belajar semula ( aku belum puas - sebab dulu tak habis ). Aku sungguh marah ( marah kerana kagum ) dengan kewujudan blogger blogger yang super hebat di luar sana ( aku mesti mahu jadi sebahagian daripada mereka ).

Masih banyak masa untuk itu, tak lama lagi aku perlu mengadap buku undang - undang pulak dan melupakan yahoo mesegger dan jack n jill buat sektika.

Isnin, Jun 26, 2006

Pergi seorang kawan

Al-Fatihah untuk Allahyarham Rosazalan Bakhtiar, perginya memang sesuatu yang tidak di sangka, dan berita tersebat dengan cepat sekali. Perginya menemui Tuhan Yang Esa dalam kemalangan jalan raya Isnin yang lepas sangat dirasai. Walaupun tidak begitu rapat dengan allahyarham, tetapi allahyarham tetap seorang kawan dan ada juga sedikit sebanyak kenangan dengan allahyarham sesama bersekolah bersama. Perginya seawal usia 20 memang membawa sejuta rasa keinsafan betapa hidup ini entah bila akan tamatnya.

Buat rakan-rakan yang lain bersama kita mendoakan kesejahteraan allahyarham Rosazalan semoga rohnye sentiasa dicucuri rahmat Ilahi.

Selasa, Jun 13, 2006

Masih tentang abdullahjones

Aku tak tahu sebab apa aku masih terlalu excited dengan abdullahjones. Aku masih tertanya - tanya mengapa dia mampu menghasilkan penulisan yang sebegitu.. aku bagaikan terasa abdullahjones mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada penulis - penulis ternama yang lain. Mengapa begitu? dan aku masih belum dapat menjawabnya. Aku tidak suka dibayangi oleh penulisan orang lain tapi aku masih belaja. Aku mengambil pengaruh seperti a samad said, allahyarham usman awang, penulis muda faisal tehrani dan penulis thriller ramlee awang murshid dalam proses pembelajaran penulisan aku.. dan kini aku terasa seperti abdullahjones telah menjadi satu lagi pengaruh kepada aku.

p/s : artikel bermutu memang sukar terhasil kecuali oleh mereka yang begitu

Jumaat, Jun 09, 2006

Telingkah

Dr.M mengkritik kerajaan. Mungkin sesuatu yang tidak di sangka, mungkin juga dalam jangkaan kita. Sesame Malayu sudah mula bertelingkah kecil - kecilan. Maka siapa akan bertepuk tangan? Fikir sendiri.

Isnin, Jun 05, 2006

Geram

Aku sebenarnya menyampah nak tulis pasal benda ni. Tapi aku memang tak tahan. Geram tahap langit ketujuh dah ni. Aku ingat sejak tamatnya AF3, maka tiadalah lagi AF yang seterusnya. Tup tup ada pulak yang keempat..mmg buat aku panas. Pastu siap ada pulak wanita bertudung, konon - kononnya strategi untuk menarik lebih ramai penonton la tu. Ingat aku bodoh ke ape. Aku takkan tertipu la ngan helah picisan tu. Pakai tudung, tapi menyanyi di depan khalayak ramai yang kebanyakannya bukan mahram, ingat suara wanita tu bukan aurat ker? Bodoh.

Aku tak tau sampai bila remaja melayu beragama Islam akan terus tertipu dengan benda - benda ni. Benda bodoh yang mmg dah ternyata bodoh tapi ramai yang tak nak berfikir. Seolah - olah negara Islam itu sekadar nama sahaja. Indah khabar dari rupa. Aku bukan kata semua remaja kita bodoh dan mudah tertipu. Memang ramai yang berjaya. Tapi macam mana kita nak tolong mereka yang mudah tertipu ni? Yang tidak mahu berfikir panjang. Kalau remaja melayu beragama Islam hari ni asyik masyuk dibuai dengan pelbagai jenis hiburan terutamanya realiti hiburan, siapalah yang akan bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaga martabat agama bangsa dan negara di masa muka kelak. Cubalah fikir pasal situasi yang bakal dihadapi...

Kalau remaja melayu beragama Islam asyik masyuk dengan hiburan hingga tak kenal asal usul perjuangan orang melayu dahulu..cuba korang bayangkan kalau 13 mei jadi lagi.. siapa yang nak mempertahankan agama dan bangsa kita...

Cubalah fikirkan...

Abdullahjones dan aku pun berfikir

Sejak aku mengenali blog abdullah jones ( walaupun aku tak kenal tah sape sape tah abdullah jones tu ), aku mula banyak berfikir ( sebelum ni aku memang banyak berfikir pun ) , tapi sejak mengenali blog abdullah jones kuantiti aku berfikir bertambah berkali ganda tanpa mengabaikan kualiti pemikiran aku itu. ( kualiti tahap tertinggi ).

Adakah ini sebenarnya matlamat abdullahhjones dalam blognya dengan entry2 yang pelbagai rasa. Aku sendiri kurang pasti. Barangkali abdullahjones telah membuatkan aku berfikir berkaliganda dari hari ke hari dengan entry2 nya. Aku bercadang nak membaca habis semua entrynya. Masih banyak lagi. Mungkin aku akan peroleh sesuatu. Aku suka entry2 nya yang menyeru membuat kebaikan yang tidak pernah difikir oleh orang lain. Aku rasa kepada sesiapa yang tak kenal blog abdullahjones, baik anda semua masuk ke blog abdullahjones dan baca setiap entrynya.

Aku perlu berhenti buat malam ini. Masih banyak untuk difikiri, kerana sudah mula amat serius dalam menulis blog. Aku mahu membawa kebaikan menerusi blog. Barangkali kita boleh sama sama berbuat baik melalui blog.

Aku perlu terus berfikir.

Khamis, Jun 01, 2006

Sakit

-Rumah Nabil-
Dah tiga hari kat rumah Nabil. Semalam pergi berurut, sakit baki sakit yang dulu ada lagi, syukur lepas urut semalam. ada rasa perubahan sikit. Jadi ambil keputusan stay kat rumah Nabil sampai Sabtu. Malam ni dengan malam esok nak repeat bagi cukup tiga kali.
Malasa nak tulis banyak banyak kat sini. Balik rumah nanti baru tulis lagi.

*Hari hari yang panjang itu terasa pendek pula bila ada waktu waktunya.