Jumaat, Jun 30, 2006

Subuh

Aku bukanlah seseorang lelaki yang lima waktunya sehari semalam berjemaah di masjid, tetapi lima waktu itu tetap wajib walaupun tidak berjemaah. Soalnya kenapa aku bukan lelaki yang lima waktunya sehari semalam berjemaah di masjid, mudah.. kerana aku seorang remaja lelaki awal usia puluhan yang hidup pada zaman moden, zaman serba canggih, zaman teknologi maklumat yang mana ramai(bukan semua)remaja - remaja pada zaman itu sudah tidak faham erti kata sebenar beragama walaupun nama mereka masih dihasilkan daripada perkataan perkataan arab yang punya maksud yang elok - elok dan yang ramai itu tidak punya kesedaran untuk berubah ( aku bukan dalam golongan ini dan harapnya kamu yang membaca pun tidak ).

Aku jarang-jarang atau mungkin boleh dikata amat susah untuk melihat anak - anak muda remaja ( 18 - 25 ) yang menghadirkan diri mereka ke masjid untuk berjemaah sekurang - kurangnya untuk satu waktu dalam satu hari itu. Memang ada, tapi dalam satu daerah yang ada ratusan remaja itu, mungkin seorang berdua sahaja yang ada hadir ( tuhan saja yang tahu keikhlasan mereka ). Aku melihat banyak masjid - masjid cantik yang tidak dihargai oleh golongan muda - mudi dah hanya diimarahkan oleh golongan tua-tui tapi sampai bila golongan tua-tui ini akan mengimarahkan masjid andaikata yang muda - mudi masih tidak ada kesedaran diri. Jawapannya .. aku sendiri tidak tahu dan kamu fikirlah sendiri kerana aku suka kita sama - sama berfikir..

p/s : aku tahu kamu - kamu yang mengenali aku tentu menyampah dengan tulisan aku ini atau dengan aku sendiri kerana aku tahu kamu fikir aku hipokrit , tapi ikut suka hati kamulah kerana kamu hanya mengenali aku tidak mengetahui diri ku.

Tiada ulasan: