Selasa, November 20, 2007

Rakus..



Inilah bukti kerakusan kami, "last feast before leave the UiTM Kedah". Terima kasih kepada kawan-kawan: Abang Azwan, Syed, Shahril, Junaidi, Fadhil, Nizam dan Badrulzaman. Perjuangan belum di penghujung lagi..

Isnin, November 19, 2007

Bermula dengan Baik!!!

Petikan Berita Harian, 19 Nov 2007.

Di Stadium Perak, dua sentuhan penyerang veteran, Khalid Jamlus membolehkan tuan rumah membuka kempen musim baru dengan kemenangan 2-0 menewaskan wakil Brunei, DPMM FC.

Gol pembukaan hadir selepas hanya empat minit aksi apabila Khalid menerima kemas umpanan pendek Mohd Razali Umar dan meledakkan rembatan menewaskan penjaga gol DPMM FC, Mohd Wardun Yussof dan gol kedua pada minit terakhir perlawanan hasil umpanan Ahmad Shahrul Azhar.

Bermula dengan baik!!!

Saya Suka Baca Buku..


Ramai orang suka baca buku. Aku pun suka baca buka juga. Soalnya, apa yang kita dapat daripada buku yang kita baca. Banyak orang baca bahan yang daripadanya dia akan dapat benda yang tak berguna pun, tetapi banyak juga orang yang membaca perkara yang bagus-bagus belaka. Jadi membaca tu banyak kebaikan atau keburukan. Banyak orang kata membaca banyak baiknya, tapi adalah juga buruknya. Mana ada benda sempurna dalam dunia ni. Baca majalah porno, bukan ke tak baik tu.

Pornografi, sukar untuk dielakkan.

p/s: Siapa yang tak pernah baca majalah porn0, angkat tangan! -cepat-cepat tuan punya blog angkat tangan...-

Ahad, November 18, 2007

Dulu aku..

Dulu aku pernah nak jadi cikgu, dan aku hampir jadi cikgu. (tak lah hampir sangat sebenarnya). Sekarang aku tau (dari dulu lagi aku dah tau sebenarnya), memang aku patut serius dalam bidang undang-undang. Erm, dulu aku nyaris jadi cikgu Matematik sebenarnya, tapi kini jalan yang aku lalui adalah untuk jadi peguam, magistrate, hakim dan yang seumpama dengannya. Doakan aku berjaya.

p/s: memang menarik meluahkan perasaan di blog

Pemberitahuan

Sedikit pemberitahuan untuk pelawat pelawat blog ini. Blog ini telah dan sedang mengalami perubahan. Saya cuba untuk menjadikannya semenarik mungkin, tetapi disebabkan ketidakfahaman mengenai "widget", banyak benda yang saya nak buat, tetapi tak jadi. Maka proses perubahan mungkin akan sentiasa berlaku (itupun kalau rajin la), jika anda dapati sebarang ketidakselesaan di blog ini, mungkin waktu itu kerja-kerja "editing" sedang dilakukan.

Satu lagi, jika anda mahu baca komen yang ditulis oleh pelawat lain. Sila klik pada tajuk entri berkenaan. Sekian.

Rabu, November 14, 2007

Anugerah Untuk Semua


Kalau dulu dulu yang baik-baik dan bagus-bagus sahaja dapat anugerah, tapi sekarang tidak lagi. Semua dapat anugerah, yang cemerlang dapat anugerah, yang tidak cemerlang pun dapat anugerah juga. Semacam rasa lebih saksama jika dibuat begitu. Masing-masing dapat ganjaran atas pencapaian yang ditunjukkan. Yang penting di sini, adalah molek jika PBT dan PTD di seluruh negara berhati-hati dan bersihkan segala apa yang patut dibersihkan menggunakan penyapu masing-masing sebelum kerajaan negeri-negeri lain mengambil pendekatan yang sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor. Terima kasih Encik Khir dengan penyapu yang penuh bermakna itu. Bukan aku bermaksud bahawa itu pendekatan yang bagus dan beradab, tp boleh jadi pengajaran untuk mereka yang berkenaan. Kepada kerajaan negeri Selangor dan negeri-negeri yang mungkin ingin mengambil inisiatif yang sama, kalau ada peruntukan lebih-lebih sikit, cadangan penulis blog ini, adalah baik kiranya ditukar penyapu dengan "vacuum", barangkali boleh membuat pihak yang berkenaan tidak terlalu kecil hati.

p/s: sejak bercuti ni, sudah lama tidak pegang penyapu dan bersihkan bilik sendiri..

Selasa, November 13, 2007

Habis sekejap


Entri ini sepatutnya ditulis lebih awal. Sepatutnya ditulis semasa aku mula-mula bercuti 2 Nov yang lepas. Tapi tak mengapa, masih relevan untuk ditulis. Pejam celik, pejam celik, rupanya tamat sudah tempoh setahun setengah aku menuntut di UiTM Kedah. Habis sekejap masa belajar. Tahun depan di tempat baru pula. Pengalaman memang banyak. Nak "story" semua sekali, memang tak berdaya. Orang pun "boring" nak baca. Paling penting di sini, terima kasih kepada semua yang terlibat yang mewarnai kehidupan UiTM Kedah. Kepada yang berkenaan, jumpa di "main campus" nanti.

Ahad, November 11, 2007

Sana - Sini: Macam - macam Jadi

Ya, sudah selesai rupanya perhimpunan agung UMNO, sebelum menulis entri ini, aku membaca entri yang ditulis oleh Abang Lutfi diblognya "Dunia Tanpa Fiksyen". Bercakap tentang Bahasa Melayu ini, kadang - kala sungguh mengelirukan. Sebagai orang muda, sebagai remaja Malaysia, yang apabila lahir sahaja di dunia, terus merasa nikmat merdeka, tiada terasa sengsara penjajahan British, Jepun mahupun Bintang Tiga, dan tahu sedikit sebanyak tentang perjuangan UMNO, aku tak mahulah tengok yang buruk-buruk sahaja dalam UMNO, walaupun hakikatnya aku pun sensitif apabila Sains dan Matematik itu di "Bahasa Inggeris"kan. Bukanlah satu fenomena yang baik untuk Bahasa Melayu apabila kedua dua subjek ini diajar dalam Bahasa Inggeris, tetapi impaknya bukanlah seratus peratus buruk kerana barangkali ada juga kebaikan apabila diajar dalam Bahasa Inggeris. Bahayanya pun mestilah ada - terjejaslah kedudukan dan nilai Bahasa Melayu itu sendiri.

Walau bagaimanapun, masih banyak lagi subjek-subjek lain diajar dalam Bahasa Melayu. Pendidikan Agama Islam, Sejarah, Ekonomi, dan macam macam lagilah subjek lain masih diajar dalam Bahasa Melayu. Malah orang Melayu masih ramai yang bertutur dalam Bahasa Melayu, di Parlimen dan di dalam mahkamah, masih wajib menggunakan Bahasa Melayu. Pemimpin-pemimpin tidak kira pemimpin kerajaan dan pembangkang masih memberi ucapan dalam Bahasa Melayu. Kita ada DBP yang terus berusaha menerbitkan karya-karya Bahasa Melayu. Malah ada juga warga asing yang sudi belajar Bahasa Melayu.

Jadi, apa salah kalau kita sendiri, rakyat Malaysia, atas inisiatif sendiri, sebar-sebarkan bahasa kita yang tercinta ini kepada orang luar. Kalaupun hanya UMNO Johor sahaja yang berminat dalam isu Bahasa Melayu ini, maknanya masih ada yang prihatin.

Terima kasih kepada UMNO yang menjadi nadi perjuangan orang Melayu tetapi jujurnya tidak bermakna UMNO itu sempurna, masih ada cacat cela yang perlu diambil kira.

Petang semalam demo di KL. Aku tak sangka jadi juga demo. Polis berjaga jaga. Harap harap tiada yang kehilangan nyawa. Tiada negara yang sempurna, tiada negara yang total bersih politik, ekonomi dan sosialnya. Padaku, Malaysia ini sudah aman dan damai sangat kalau kita nak bandingkan dengan beberapa negara lain yang terlalu berkecamuk politik, ekonomi dan sosialnya. Jadi mengapa demo? Banyak lagi alternatif lain untuk menyuarakan pendapat pada kerajaan.

p/s: sekadar pandangan penulis di blog ini tanpa mahu memprovokasi mana-mana pihak. demokrasi.

Sabtu, November 10, 2007

Buku Lama, Baru Baca - sambungan

Entri ni adalah sambungan kepada entri di bawahnya.. yerla, dah nama pun sambungan.. berbicara kembali tentang buku ini. Saudara Zabidi, pada penilaian peribadi aku, telah cuba menulis buku ini sejujur yang mungkin. "Arqam:Tersungkur di Pintu Syurga", adalah satu kerja yang mudah-mudahan mendapat keberkatan drpd Allah Ta'ala.

Apabila dalam proses membaca buku tulisan saudara Zabidi ini, aku sedar satu perkara, bukanlah semua perkara tentang Arqam itu buruk-buruk belaka. Secara praktikalnya aku juga tidak setuju dengan pengamalan Aurad Muhammadiah itu, kerana seperti yang dibincangkan dalam buku berkenaan, Aurad Muhammadiah itu memanglah tidak sama dengan jalan yang sepatutnya kita ikuti, iaitu Ahlul Sunnah Wal Jamaah..

Tetapi, ada tetapinya. Secara jujur aku kagum dengan organisasi Arqam itu sendiri. Pentadbirannya, aktiviti ekonominya yang mencakupi pelbagai sektor, memang sesuatu yang boleh dijarikan tauladan. Aku bukan katakan Arqam itu bagus, tetapi pendekatan dalam perkara lain itu, seperti aktiviti ekonomi, ada yang elok sebenarnya.

Walau bagaimanapun, bahagian yang paling aku suka dalam buku ini, apabila saudara Zabidi membongkar mengenai Yaqazah, yang konon-kononnya Asaari itu boleh berkomunikasi terus dengan Rasulullah s.a.w. Apabila dibongkar, Asaari kata dia guna Azura, salah seorang isteri kepada pemimpin kanan Arqam sebagai orang perantara untuk berhubung dengan Rasulullah s.a.w. Memang tak masuk akal langsung.

Hakikatnya, si Azura ni, memang awal awal dah tau yang ada "something wrong" dengan Asaari. Dia pun tipu Asaari, bahawa dia boleh berhubung dengan Rasulullah s.a.w, memang Asaari kena tipu hidup-hiduplah. Dia tipu Asaari sebab dia nak terus berdamping dengan Asaari dan hidup senang kerana boleh dikatakan "finance" Arqam memang "steady".

Akhirnya, atas segala usaha, tiada lagi Arqam, tetapi baru-baru ini ada jugak berita-berita yang mengingatkan rakyat Malaysia tentang saki baki pengikut Arqam yang mungkin masih seperti dulu lagi, tak berubah-ubah.

Buku lama, tetapi baru baca, ini buku yang patut semua orang baca, jangan terkecuali walaupun seorang penduduk Malaysia. Buku lama, masih boleh baca lagi, banyak teladan yang boleh dicontohi, banyak juga benda yang tak elok wajar dan mesti dijauhi. Kita bukan manusia sempurna, tapi janganlah sampai akidah rosak binasa.

p/s: Maaf kerana dicampuraduk dengan Bahasa Inggeris, tetapi telah saya ikat dengan pengikat kata supaya tidak dikatakan sesuka hati menggunakan bahasa rojak, walaupun sebenarnya agak rojak juga... Sesiapa belum baca buku ini, bolehlah cuba cari di kedai-kedai buku, itu pun kalau ada di pasaran lagi.

Jumaat, November 09, 2007

Buku Lama, Baru Baca

Semalam, lebih kurang pukul 1245pagi, aku baru selesai menghabiskan sebuah buku. Buku lama diterbitkan pada tahun 1998,waktu aku berumur 12tahun, tapi baru sekarang aku bacanya, pada tahun 2007 dikala usiaku sudah 21tahun.

Sudah beberapa bulan buku itu berada di rak buku atas meja tulis dalam bilikku. Bilik di rumah, bukan bilik asrama. Baru 2-3 hari lepas baru terasa hendak membacanya. "Arqam:Tersungkur di Pintu Syurga". Itulah tajuk buku berkenaan, ditulis sendiri oleh bekas penasihat undang-undang al-arqam. saudara Zabidi. Very interesting. Sesiapa membacanya, akan peroleh satu sudut pandangan yang lebih hakikat daripada kaca mata salah seorang bekas pemimpin arqam yang paling kanan.

-ada hal,nanti aku sambung lagi-

Rabu, November 07, 2007

Masa Cuti

Cuti datang lagi, dapat menulis blog kembali. Bulan Oktober aku sangat sibuk menghadapi peperiksaan akhir, terlalu banyak itu dan ini yang perlu ditangani. Banyak perkara yang berlaku akhir - akhir ini, angkasawan Malaysia ke angkasa, pelancaran ECER, perhimpunan UMNO, kes Altantuya yang tak habis-habis dan penuh dengan kejutan, buku buku sastera yang asyik diterbitkan hingga aku tak sempat nak kejar kesemuanya.. ahh, dan banyak lagi sebenarnya..

Sekarang ada 3 blog yang aku tangani, masih baru dalam hal ehwal blog, banyak lagi perlu belajar, hasil tulisan di blog ini pun belum mencapai tahap memuaskan.. Terus menulis, barangkali itu resepinya.. sikit sikit lama jadi bukit..

Selamat bercuti untuk budak budak universiti, hingga jumpa lagi di semester baru yang penuh cabaran untuk dihadapi.. Sekian untuk kali ini.. :)