Ahad, November 11, 2007

Sana - Sini: Macam - macam Jadi

Ya, sudah selesai rupanya perhimpunan agung UMNO, sebelum menulis entri ini, aku membaca entri yang ditulis oleh Abang Lutfi diblognya "Dunia Tanpa Fiksyen". Bercakap tentang Bahasa Melayu ini, kadang - kala sungguh mengelirukan. Sebagai orang muda, sebagai remaja Malaysia, yang apabila lahir sahaja di dunia, terus merasa nikmat merdeka, tiada terasa sengsara penjajahan British, Jepun mahupun Bintang Tiga, dan tahu sedikit sebanyak tentang perjuangan UMNO, aku tak mahulah tengok yang buruk-buruk sahaja dalam UMNO, walaupun hakikatnya aku pun sensitif apabila Sains dan Matematik itu di "Bahasa Inggeris"kan. Bukanlah satu fenomena yang baik untuk Bahasa Melayu apabila kedua dua subjek ini diajar dalam Bahasa Inggeris, tetapi impaknya bukanlah seratus peratus buruk kerana barangkali ada juga kebaikan apabila diajar dalam Bahasa Inggeris. Bahayanya pun mestilah ada - terjejaslah kedudukan dan nilai Bahasa Melayu itu sendiri.

Walau bagaimanapun, masih banyak lagi subjek-subjek lain diajar dalam Bahasa Melayu. Pendidikan Agama Islam, Sejarah, Ekonomi, dan macam macam lagilah subjek lain masih diajar dalam Bahasa Melayu. Malah orang Melayu masih ramai yang bertutur dalam Bahasa Melayu, di Parlimen dan di dalam mahkamah, masih wajib menggunakan Bahasa Melayu. Pemimpin-pemimpin tidak kira pemimpin kerajaan dan pembangkang masih memberi ucapan dalam Bahasa Melayu. Kita ada DBP yang terus berusaha menerbitkan karya-karya Bahasa Melayu. Malah ada juga warga asing yang sudi belajar Bahasa Melayu.

Jadi, apa salah kalau kita sendiri, rakyat Malaysia, atas inisiatif sendiri, sebar-sebarkan bahasa kita yang tercinta ini kepada orang luar. Kalaupun hanya UMNO Johor sahaja yang berminat dalam isu Bahasa Melayu ini, maknanya masih ada yang prihatin.

Terima kasih kepada UMNO yang menjadi nadi perjuangan orang Melayu tetapi jujurnya tidak bermakna UMNO itu sempurna, masih ada cacat cela yang perlu diambil kira.

Petang semalam demo di KL. Aku tak sangka jadi juga demo. Polis berjaga jaga. Harap harap tiada yang kehilangan nyawa. Tiada negara yang sempurna, tiada negara yang total bersih politik, ekonomi dan sosialnya. Padaku, Malaysia ini sudah aman dan damai sangat kalau kita nak bandingkan dengan beberapa negara lain yang terlalu berkecamuk politik, ekonomi dan sosialnya. Jadi mengapa demo? Banyak lagi alternatif lain untuk menyuarakan pendapat pada kerajaan.

p/s: sekadar pandangan penulis di blog ini tanpa mahu memprovokasi mana-mana pihak. demokrasi.

Tiada ulasan: