Rabu, November 07, 2007

Masa Cuti

Cuti datang lagi, dapat menulis blog kembali. Bulan Oktober aku sangat sibuk menghadapi peperiksaan akhir, terlalu banyak itu dan ini yang perlu ditangani. Banyak perkara yang berlaku akhir - akhir ini, angkasawan Malaysia ke angkasa, pelancaran ECER, perhimpunan UMNO, kes Altantuya yang tak habis-habis dan penuh dengan kejutan, buku buku sastera yang asyik diterbitkan hingga aku tak sempat nak kejar kesemuanya.. ahh, dan banyak lagi sebenarnya..

Sekarang ada 3 blog yang aku tangani, masih baru dalam hal ehwal blog, banyak lagi perlu belajar, hasil tulisan di blog ini pun belum mencapai tahap memuaskan.. Terus menulis, barangkali itu resepinya.. sikit sikit lama jadi bukit..

Selamat bercuti untuk budak budak universiti, hingga jumpa lagi di semester baru yang penuh cabaran untuk dihadapi.. Sekian untuk kali ini.. :)

3 ulasan:

Insan mencari petunjuk berkata...

lama benar blog ini sunyi tanpa coretan tinta daripada penulis,akhirnya dirimu muncul kembali..teruskan usaha murni menyampaikan kata hati, selamat bercuti:)

faizal mohd fuad berkata...

Insan mencari petunjuk, siapakah gerangannya dirimu??

Insan mencari petunjuk berkata...

ohh,saya hanya seorang biasa yg senantiasa mencari petunjuk dan hidayah dimana-mana shj..dan jgk pembaca setia blog sedara:)
so,teruskan menulis selagi hayat dikandung badan!