Selasa, Ogos 15, 2006

Lagi lagi pasal Jambatan

"Jambatan Tetap Dibatal:PM" - Headlines Berita Harian hari ini.

Isu yang memang panjang, di tambah dengan suara Tun M yang masih belum berhenti mengkritik kerajaan sehingga meletakkan prasyarat betapa dia ( Tun M ) hanya akan berhenti bersuara mengkritik kerajaan jika pembatalan projek pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor ditarik balik oleh pucuk pimpinan negara. Pak Lah walaubagaimanapun tetap tegas dengan pendirian beliau betapa pembinaan jambatan itu akan membawa kesan tidak baik kepada rakyat Malaysia.

Banyak terdengar sebenarnya kritikan kritikan yang dilemparkan kepada Pak Lah konon - konon Malaysia semakin "ke laut di bawah pimpinan" Pak Lah jika dibandingkan semasa pimpinan Tun M . Tetapi harus diingat Pak Lah baru sahaja memegang tampuk kepimpinan negara belum sampai tiga tahun pun. Maka tidak wajar kita membuat perbandingan dengan Tun M yang telah memerintah Malaysia selama 22 tahun. Kepada mana - mana pihak yang masih lantang mengkritik cara kepimpinan Pak Lah sama ada di depan atau di belakang, tolong ingatkan diri sendiri supaya memberi peluang, memberi jalan kepada Pak Lah untuk menguruskan negara mengikut acuan beliau dan kabinet beliau. Jangan mudah melatah dan menghamburkan kritikan dengan tidak tentu hala. Setiap pemimpin punya cara sendiri.

Aku bukan berniat mahu menyalahkan Tun M bulat - bulat. Sebagai rakyat yang pernah hidup di bawah pimpinan beliau, aku tidak mahu jadi manusia yang tidak mengenang budi. Terlalu banyak perubahan positif yang dilakukan oleh Tun M dan banyak sudah masalah yang telah beliau selesaikan semasa memerintah negara. Tetapi Tun M bukan lagi kepala negara hari ini, maka tentulah keputusan Pak Lah untuk kepentingan seluruh rakyat bukan hanya atas kepentingan diri sendiri dan pihak pihak tertentu sahaja. Bukan Tun M tiada hak untuk memberi pendapat barangkali caranya salah. Berdoalah kita moga cepat selesai isu ini, aku sendiri tidak mahu melihat bangsaku berpecah belah.

p/s : Aku lebih bimbang melihat terlalu banyak anak muda bangsaku seolah - olah tidak peduli dengan perkembangan negara mereka sendiri. Yang mereka tahu hanya hiburan dan seronok. Yang lebih teruk langsung tidak tahu hal hal saudara seIslam yang sedang menderita di negara Islam yang sedang bergelora.

"SELAMATKAN LUBNAN!!"

Tiada ulasan: