Selasa, Ogos 22, 2006

Jangan kecewa..

Tajuk post ini aku tujukan kepada diriku sendiri, tiada kena mengena dengan kamu, tapi barangkali mungkin ada kena mengena dengan kamu. Jadi kepada mereka yang baru bercadang untuk membunuh diri sendiri, tangguhkan sebentar niat kamu itu.

Aku menulis post ini kerna kejadian yang baru sahaja berlaku hari ini. Bukan sesuatu yang tidak kujangka, tapi aku tidak menyangka ia benar - benar berlaku. Pada mulanya aku agak kecewa, kemudian aku fikir dan renung semula pada jaring - jaring itu, aku yakin pasti ada hikmahnya. Maka aku mula berkata pada diri sendiri, pada hati dan jiwa sendiri dengan ton suara yang antara dengar dan tidak "janganlah kecewa".

Kejadian yang ku lalui hari ini tidaklah terlalu besar, tetapi agak besar juga. Aku sedaya mampu meyakinkan diri sendiri pasti ada kebaikan yang akan bertandang di kemudian hari. Maka aku terus berkata "jamganlah kecewa". Walaubagaimana pun aku tidak sampai terasa mahu membunuh diri tetapi masih tetap ada sekelumit rasa tidak puas hati yang cuba ku hapusi.

Jangan kecewa.. !!

4 ulasan:

esis berkata...

dan....
jangan berkecil hati.

malaya memang macam tu.

fakhrul ali ibnu al-fuadi berkata...

terima kasih esis dgn ingatan agar jgn berkecil hati..

blue_cherry berkata...

kecewa tu makin terasa bila dikenang..

Salam perkenalan. Tabah ye.

fakhrul ali ibnu al-fuadi berkata...

Salam perkenalan pada blue cherry