Sabtu, Ogos 26, 2006

Barangkali kita belum sedar

Assalamualaikum,

Ke hadapan saudara - saudari pembaca sekalian, diharap saudara sekalian dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam keadaan sentiasa mengingati tuhan dan mengingati mati. Surat ini kutulis bukan untuk membuat kenyataan tentang betapa bodohnya kalian (juga ditujukan kepada diri sendiri, supaya aku akan cuba sentiasa mengintai diri agar tidak menjadi bodoh) jika sentiasa alpa dari menunaikan solat lima waktu sehari semalam dan langsung tidak fikir tentang perit kematian dan kesakitan seksa alam barzakh.

Saudara - saudari yang dirahmati Allah sekalian,

Adakah saudara - saudari fikir saudara - saudari akan mendapat rahmat Allah jika terus - terusan meringankan kewajipan yang lima itu. Ingatlah kerana aku tahu kalian semua sudah tahu, segala amalan kalian yang lain tiada bermakna jika yang lima waktu itu terabai dan terus terabai. Aku bukan mahu membuka pekung di dada, aku juga bukan manusia sempurna, tapi aku mahu mengingatkan diri sendiri dalam surat yang kutulis ini sambil - sambil mengingatkan diri kalian juga, itu pun jika kalian mahu ambil pot.

Saudara - saudariku sekalian,

Jika hari ini belum lagi kalian meletakkan dahi ke bumi, sujud menyembah Allah, insaf - insafilah diri kalian kerna jika kalian dipanggil tuhan hari ini, bayangkanlah betapa deritanya kalian di hari esok itu. Aku juga terus - terusan mengingatkan diriku dalam surat ini. Walaupun seteruk mana pun diri kalian, aku merayu agar kalian bermulalah dengan yang lima itu kerna kelak kalian akan menjadi semakin bagus dan terus bagus. Ikhlaskanlah hati dan teruskan insafi diri ini, kerna kita bisa dipanggil pada bila - bila masa saja oleh Ilahi.

Sekian dulu suratku ini.

Yang benar,
F.Ali

p/s: surat ini ditulis apabila pagi ini si penulis terlepas kewajipan di awal pagi dan beliau mahu ingatkan diri agar perkara demikian tidak berulang lagi.

Tiada ulasan: