Ahad, Ogos 13, 2006

Ku berharap selesailah segera

Semua orang tahu, sesiapa jua tahu, hinggakan adik aku yang baru darjah enam pun tahu. Tahu tentang betapa belum habis konflik Dr.M dan Pak Lah. Surat khabar hari ni pun masih ada cerita tentang Dr.M. Betapa ini benar-benar membingungkan benakku. Sampai satu tahap, aku tak bisa berpihak pada mana mana lagi, bermakna aku terpaksa berdiri di atas pagar jua. Ini Malaysia, bukan lagi Malaya, jangan sampai Malaysia kembali menjadi Malaya gara gara hal hal seperti ini. Ini cerita orang Melayu, cerita Dr.M seorang Melayu dan Pak Lah seorang Melayu. Ini cerita tentang Melayu bertelingkah. Ini bukan cerita yang orang Melayu mahu tahu dan mahu dengar.

Aku tidak mahu menulis terlalu panjang, lain kali aku tulis lagi, kerna aku yakin cerita ini mesti panjang lagi jalan ceritanya. Aku memang yakin teramat sangat.

Tiada ulasan: