Khamis, Ogos 02, 2007

Kita ini budak nakal

Kita ini budak nakal,
mencuri waktu fardhu,
bukan sedikit tapi selalu.

Kita ini budak nakal,
tika puasa kita menipu,
siang hari makan nasi belakang pintu.

Kita ini budak nakal,
anak dara orang habis kita sapu,
terbuanglah bayi tiada berbapa tiada beribu.

Kita ini budak nakal,
dadah kita hisap gam kita hidu,
hidup merana tiada siapa nak ambil tahu.

Kita ini budak nakal,
tidak tahu nak guna akal,
insafi diri kembali ke jalan yang pangkal.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rangkap-rangkap yg penuh makna dan interpretasi yg tersendiri..saya kagum dgn kebolehan sedara menulis dan menghayati bait-bait kata..