Ahad, September 24, 2006

Syukur

Alhamdulillah, dengan izin Tuhan aku telah melalui hari pertama bulan Ramadan dengan selamat. Walaupun berpuasa di Malaysia ( sebab cita cita nak berpuasa kat negara orang tak kesampaian ) tetapi aku tetap bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dipertemukan dengan Ramadan lagi tahun ini. Ku berharap Ramadan kali ini penuh makna.

Mudah - mudahan dapat melalui hari - hari seterusnya di bulan mulia ini dengan kesabaran dan ketaqwaan, Insyaallah.

p/s: pada kawan - kawan di luar negara. semoga kalian bergembira menyambut Ramadan di sana

Sabtu, September 23, 2006

Entri luahan hati di kala dinihari

Tajuk entri ni bagi aku agak jiwang sedikit, tak sikit la, banyak jugak la bagi aku. Aku chatting dengan seorang classmate aku masa kat Kolej MARA Banting dulu (nama beliau dirahsiakan), sekarang beliau dah kat oversea pun. Berbual tentang kehidupan yang sudah berubah sejak 2 ke 3 tahun dan macam macam perkara berlaku dalam jangka waktu yang terlalu singkat itu.

Kadang kadang rasa ralat dan sebak (tapi aku tak nangis la), sebab perjuangan aku dengan kawan kawan kat KMB dulu separuh jalan je. Tak tercapai cita cita nak bersama diaorang sekarang merantau ke negara orang. Aku masih di bumi sendiri dan bersendiri bersama hati yg cuba aku ajari agar jadi tabah dan terus berani.

Jadi kepada kawan - kawan exKMBku (itupun kalau korang rasa aku still kawan korang), andaikata korang baca entri ini, ingat ingatlah aku dalam doa kalian. Moga bisa ketemu semula.

ANDAI AKU TIDAK LAGI DI SINI

Manisnya madu tidak semanis detik bersama kalian,
Terang siang dengan pancar suria
mana mungkin sama dengan cahaya persahabatan ini,
Namun jauh di hujung sana,
Pintu yang menanti kita belum tentu sama,
Andai aku tidak lagi di sini,
Mentari tetap hadir dari timur,
Di barat pula ia masih menghilang diri,
Mana ada yang berbeza,

Sulaman kenangan yang ku tekat pada hati,
Tidakkan ku biar lusuh dan pudar dimakan waktu yang pergi,
Ku tatap dan ku renung saban hari,
Andai aku tidak lagi di sini,
Panas gurun sahara langsung tak padam,
Sejuk antartika mana mungkin kan suram,
Segalanya sama sahaja.

Insan bernama teman,
Bertandang pada detik keindahan,
Tidak lari pergi tika terluka kedukaan,
Kalianlah yang merwarnai kehidupan,
Andai aku tidak lagi di sini,
Kutahu tiada cerita untuk ditangisi,
Sekadar pergiku tidak ingin diingati,

Andai aku tidak lagi di sini,
Hanya puisi pengganti diri,
Kalimah puitis kucuba ukiri,
Untuk teman yang ku sayangi,
Dari ruang yang sepi,
Kutiupkan bayu kerinduan sejati,
Bila - bila nanti kita bisa dipertemukan kembali.

Jumaat, September 22, 2006

Selamat datang Ramadhan :-)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Segala puji - pujian hanya bagi-Nya, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW. Syaaban sudah sampai ke penghujungnya, Ramadhan pula akan menjelma dalam sedikit masa lagi. Mudahan - mudahan ini bukan Ramadhan terakhir untuk kita, harap diketemukan lagi di Ramadhan yang akan datang.

Saban tahun kita bertemu Ramadhan, tapi persoalannya sejauh mana kita menghayati makna Ramadhan dan adakah kita benar benar memanfaatkan segala peluang yang diberikan Allah dalam bulan Ramadhan. Kepada saudara saudari muslimin dan muslimat sekalian, Ramadhan yang akan menjelma ini, marilah sama - sama kita manfaatkan sebaik, perbanyakkan amal ibadat dan mohon keampunan dari Allah Taala.

Hidup kita saban waktu sering dipenuhi pelbagai dosa dan maksiat, sama ada kita lakukan dalam keadaan sedar atau pun tidak. Maka, dengan kedatangan Ramadhan yg mulia, inilah peluang terbaik untuk kita mohon keampunan atas segala dosa dan kemaksiatan yang dilakukan sebelum ini.

Kepada rakan - rakanku terutamanya, lebih lebih lagi yang dah ke luar negara melanjutkan pelajaran, manfaatkan bulan Ramadhan ini sebaik mungkin. Jangan dah duduk kat negara orang, malas nak puasa pulak. Marilah kita memperingatkan diri masing masing dan memperingati kawan kawan kita yang lain agar gunakan peluang yang diberi pada bulan Ramadhan ni seoptimum yang mungkin.

Mudah - mudahan kita semua sentiasa di bawah naungan rahmat Ilahi. InsyaAllah.

Selasa, September 12, 2006

Keindahan

Senyumlah walau dirimu tenggelam dalam kedukaan, kemudian nescaya kau akan merasa betapa hidup penuh dengan keindahan.

Jangan biar dirimu asyik bersedih, kelak kau akan terus derita.

Gembira dan duka silih berganti, kerna itulah hidup kita.

Khamis, September 07, 2006

Dulu dan sekarang

Dulu dulu aku seorang budak lelaki yang sering hidup dalam dunia yang manis manis yang aku cipta sendiri ( padahal tak manis mana pun ). Pada awal remaja aku masih belum benar benar keluar daripada dunia itu, aku terlalu mempercayai betapa wujudnya cinta yang benar - benar sejati, betapa nikmat punya persahabatan yang abadi, sering mengidamkan sahabat yang sentiasa boleh ketawa bersama dan menangis bersama, aku benar benar inginkannya.

Tapi hari ini aku sedar semua itu tipu je, mane ke ada cinta yang benar benar sejati, kalau adapun tak mungkin seratus peratus sejati, what the fu*k of persahabatan yang abadi, tak wujud pun, sebaik mana pun kawan kau tu, suatu hari ni kau takde apa apa makna pun pada kawan kau tu, nak cari kawan yang sentiasa ketawa dan menangis bersama, hermm, sampah, yang rajin nak ketawa je banyak sangat la.

Sekarang aku rasa aku telah berpijak di alam realiti berbanding masa dulu.. kalau tak puas hati dengan tulisanku di atas, boleh komen sesuka hati kamu.