Khamis, September 07, 2006

Dulu dan sekarang

Dulu dulu aku seorang budak lelaki yang sering hidup dalam dunia yang manis manis yang aku cipta sendiri ( padahal tak manis mana pun ). Pada awal remaja aku masih belum benar benar keluar daripada dunia itu, aku terlalu mempercayai betapa wujudnya cinta yang benar - benar sejati, betapa nikmat punya persahabatan yang abadi, sering mengidamkan sahabat yang sentiasa boleh ketawa bersama dan menangis bersama, aku benar benar inginkannya.

Tapi hari ini aku sedar semua itu tipu je, mane ke ada cinta yang benar benar sejati, kalau adapun tak mungkin seratus peratus sejati, what the fu*k of persahabatan yang abadi, tak wujud pun, sebaik mana pun kawan kau tu, suatu hari ni kau takde apa apa makna pun pada kawan kau tu, nak cari kawan yang sentiasa ketawa dan menangis bersama, hermm, sampah, yang rajin nak ketawa je banyak sangat la.

Sekarang aku rasa aku telah berpijak di alam realiti berbanding masa dulu.. kalau tak puas hati dengan tulisanku di atas, boleh komen sesuka hati kamu.

3 ulasan:

blue_cherry berkata...

Kawan sejati mmg ada cuma mungkin kita tak sedar je. Ada kalanya kawan sejati tu tak serapat kawan biasa kita yang lain[yg rajin ketawa bersama je]
Bila kita sedih, kita cari seseorang tu.. dan dia menjadi pendengar yang baik. Memadai.
Kata lain:
"I cant stop u fr crying but i can cry with u"

fakhrul ali ibnu al-fuadi berkata...

blue cherry, tapi kalau ada pun kawan sebegitu, terlalu kerdil bilangannya, susah benar nak dijumpai di zaman yang serba kepalsuan dan ketamakan ini

blue_cherry berkata...

Kita penyebab kepalsuan di dunia ini. Kita perlu belajar menilai.

Serius jerk. he he.
Juz live our life while its worth.

Mcm nih pun dah kira kita berkawan kan, saling ingat mengingati.

Org yg mencari erti persahabatan sebenar sering kecewa dengan pencarian mereka.