Sabtu, Julai 01, 2006

Hoi!

Hoi kamu.. kamu yang membaca.. aku ada peringatan untuk kamu.. peringatan ini kerana aku baru sahaja membuat kesalahan sebentar tadi.. ya, baru sekejap tadi.. belum sampai 10 minit pun dari detik aku menulis tulisan ini. Sehebat mana pun atau seberani manapun kamu menulis, kamu jangan angkuh maksud aku jangan terlalu angkug, angkuh sedikit mungkin boleh dipertimbangkan..

Sehebat mana pun kamu, kamu masih manusia biasa seperti aku yang akan dihimpun di padang mahsyar dan dihisab kerana aku dan kamu masih manusia yang kadang kala membuat salah ( aku tahu kamu semua sudah tahu tentang ini ) .. sebab itu aku menamakan tulisan ini sebagai peringatan.. !!

Engkau tidak bodoh

Aku yakin engkau tidak bodoh, walaupun engkau memang salah.. Engkau cuma kurang bijak sedikit,sebab nafsu mengawal diri, bila iman engkau tewas, maka engkau jadi begitu, jadi kurang bijak, engkau tidak bodoh, aku yakin engkau memang tidak. Mungkin engkau perlu baring sebentar di dalam bilik kecil berpalang itu, merenung semula salahmu, jika ada yang menjamin engkau keluarlah dan insafi diri, tapi jika engkau perlu lama di situ, maka fikirlah, engkau memang kurang bijak kerana berbuat begitu, maka engkau punya masa yang sangat lama untuk menginsafi diri.. hingga kita berjumpa lagi.. Cuma ada sedikit pesanan ikhlas dari aku, aku tidak seperti kamu sehingga sanggup bebuat begitu, tapi aku pun punya banyak masa juga untuk insafi diri, bezanya antara kita, engkau di dalam sana, aku tetap bebas di luar sini.. !!

Bukan kerana benci

Bukan kerana benci,
aku mengusirmu,
mengusirmu pergi,
hadirmu langsung tak membantu,
kau hanya menyusahkan aku,
Lebih baik aku mengusirmu,
daripada aku sahaja yang pergi,
Sebab kawasan ini milik aku,

Sudah berbulan - bulan sewa engkau tidak bayar,
Sebab itu aku usir engkau,
Bukan kerana benci.. Memang bukan kerana benci,
Cuma aku hanya rasa sakit hati.. !!!

Jaring - jaring itu

Biar aku terangkan pada kamu, aku tahu kamu tidak faham, aku yakin kamu fikir aku terlalu puitis atau cuba menjadi manusia yang kreatif atau cuba menjadi lelaki yang abstrak supaya tiada siapa yang memahami aku. Tentang jaring - jaring itu, tiada siapa yang tahu tentang jaring - jaring itu sebenarnya, tapi kamu tentu tahu betapa kehidupan ini bagai jaring - jaring, bukankan jaring - jaring itu berlubang, maka hidup kamu dan aku pun ada lubang - lubang kerana kita bukan dapat jadi manusia yang sempurna atau hidup dalam kehidupan penuh kesempurnaan ( kamu memang bodoh jika tidak memahami tulisan aku ini ).

Dalam erti kata yang mudah, jaring - jaring itu sendiri tidak sempurna, maka begitulah juga kita ini. Aku tahu banyak lagi contoh yang boleh diambil kerana macam - macam benda yang tidak sempurna, tapi aku peduli apa, aku sukakan jaring - jaring itu.

:: Jangan marahkan aku kerana tulisanku yang di atas ini, marahlah diri kamu sendiri kerana kamu sedar kamu tidak sempurna tapi berasa diri kamu punya segalanya ::