Sabtu, Julai 01, 2006

Jaring - jaring itu

Biar aku terangkan pada kamu, aku tahu kamu tidak faham, aku yakin kamu fikir aku terlalu puitis atau cuba menjadi manusia yang kreatif atau cuba menjadi lelaki yang abstrak supaya tiada siapa yang memahami aku. Tentang jaring - jaring itu, tiada siapa yang tahu tentang jaring - jaring itu sebenarnya, tapi kamu tentu tahu betapa kehidupan ini bagai jaring - jaring, bukankan jaring - jaring itu berlubang, maka hidup kamu dan aku pun ada lubang - lubang kerana kita bukan dapat jadi manusia yang sempurna atau hidup dalam kehidupan penuh kesempurnaan ( kamu memang bodoh jika tidak memahami tulisan aku ini ).

Dalam erti kata yang mudah, jaring - jaring itu sendiri tidak sempurna, maka begitulah juga kita ini. Aku tahu banyak lagi contoh yang boleh diambil kerana macam - macam benda yang tidak sempurna, tapi aku peduli apa, aku sukakan jaring - jaring itu.

:: Jangan marahkan aku kerana tulisanku yang di atas ini, marahlah diri kamu sendiri kerana kamu sedar kamu tidak sempurna tapi berasa diri kamu punya segalanya ::

2 ulasan:

najihah berkata...

fakhrul ali, aku tidak melihat jaring-jaring itu sebagai tidak sempurna. memang ia perlu begitu sifat bentuknya untuk menjadi jaring. untuk membantu pak tua si nelayan menangkap ikan barangkali. entah. aku memikir begitu. namun maksud kau aku faham, usah khuatir.

p/s: oh jika jaring-jaring itu tidak sempurna, jadi apa yg sempurna kawanku?

fakhrul ali ibnu al-fuadi berkata...

apalah yg sempurna wahai sahabat.. Tuhan Yang Maha Sempurna saja yg sempurna.. Ummu Umar.. adakalanya aku berasa rindu saat kita berjuang bersama dulu.. bergaduh dan berbaik.. lumrah kehidupan.. kitakan tidak sempurna..