Khamis, Januari 17, 2008

Satu pandangan

Semasa saya menulis entri ini, saya membahagikan jiwa saya kepada tiga bahagian. Pada bahagian pertama jiwa saya, saya rasa saya tidak memerlukan kawan. Bahagian jiwa yang kedua pula merasakan kehendak untuk mempunyai rakan. Bahagian ketiga meronta-ronta mengharapkan adanya sahabat dalam kehidupan.

Maka banyak orang tidak bisa membedakan antara kawan, rakan dan sahabat. Baru-baru ini ada satu perbualan dengan seorang rakan, dan tanpa saya sedari saya memberi pandangan sendiri tentang hakikat kawan, rakan dan sahabat, mungkin ada yang setuju, mungkin ramai juga yang tidak setuju.

Kawan: Semua orang di sekeliling kamu, samada kamu kenali selama sehari, sejam, seminit mahupun sesaat.

Rakan: Kamua ketawa, dia ketawa. Kamu menangis, dia diam sahaja.

Sahabat: Kamu ketawa, dia ketawa tetapi ketawanya lebih perlahan daripada kamu. Kamu menangis, dia menangis, tetapi tangisnya lebih teruk daripada kamu.

Ini hanya satu pandangan saya.

Tiada ulasan: