Rabu, November 14, 2007

Anugerah Untuk Semua


Kalau dulu dulu yang baik-baik dan bagus-bagus sahaja dapat anugerah, tapi sekarang tidak lagi. Semua dapat anugerah, yang cemerlang dapat anugerah, yang tidak cemerlang pun dapat anugerah juga. Semacam rasa lebih saksama jika dibuat begitu. Masing-masing dapat ganjaran atas pencapaian yang ditunjukkan. Yang penting di sini, adalah molek jika PBT dan PTD di seluruh negara berhati-hati dan bersihkan segala apa yang patut dibersihkan menggunakan penyapu masing-masing sebelum kerajaan negeri-negeri lain mengambil pendekatan yang sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor. Terima kasih Encik Khir dengan penyapu yang penuh bermakna itu. Bukan aku bermaksud bahawa itu pendekatan yang bagus dan beradab, tp boleh jadi pengajaran untuk mereka yang berkenaan. Kepada kerajaan negeri Selangor dan negeri-negeri yang mungkin ingin mengambil inisiatif yang sama, kalau ada peruntukan lebih-lebih sikit, cadangan penulis blog ini, adalah baik kiranya ditukar penyapu dengan "vacuum", barangkali boleh membuat pihak yang berkenaan tidak terlalu kecil hati.

p/s: sejak bercuti ni, sudah lama tidak pegang penyapu dan bersihkan bilik sendiri..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Eh, nape wajah baru ni?Mana chatbox?

Anyway, akak takde kesah mende pun dengan anugerah penyapu tu. Lantaklah.Kalo nak up sikit,bagilah vaccum cleaner.Baik sangat orang kita ni.Penyapu tu pun dah kira pendekatan halus tu.

Oh,pasal demo BERSIH hari tu. Polis berjaga as far as shah alam dan kampung pandan.Keluar2 rumah je akak tengok polis kemain ramai.Adik akak yg baru balik kerja kat JAKIM pun tak pasal2 kena tahan. Dia pulak pi buh stiker pelik2 kat kereta.Nasib baik muka cute, boleh lepas.Hehehe!