Rabu, Julai 25, 2007

Sebuah Tulisan yang Perlahan

Kasih sayang pada blog ini tidak berbelah bagi.. Sebuah perjalanan penulisan yang perlahan di blog ini bukanlah simbolik pada rasa kecewa atau putus asa, atau tidak mahu menulis blog lagi. Kesibukan yang tak menentu, maka blog ini pun tidak menentu keadaannya.. Aku tetap mahu menulis, kerana aku suka menulis... Tunggulah.. Blog ini nescaya tidak akan hilang lagi ruhnya..

Ini juga sebuah tulisan yang perlahan,
sembunyi di balik wajah tidak berperasaan,
dalam jiwa berkocakan,
menanti turunnya bintang ke ribaan.

1 ulasan:

Insan mencari petunjuk berkata...

teruskan usaha murni menyampaikan nasihat dan ajaran yg berguna untuk semua..;)