Aku cuma penulis sambilan, menulis di blog dan menulis sajak. Menulis blog, tidak memerlukan aku mencari idea, ilham atau mengubah kata - kata yang puitis - puitis belaka. Masalahnya, elemen puitika itu sendiri amat penting dalam menulis sajak, maka aku bukanlah selalu dapat menulis sajak.. adalah sesuatu yang amat seronok andaikata dapat menghasilkan sebuah sajak setiap hari.
Aku biasanya menulis sajak pada malam hari, bila pena itu lancar sahaja menghasilkan bait bait yang puitis - puitis belaka, itulah waktu aku merasakan malam senyum padaku. Sayangnya, malam tidak senyum padaku pada setiap kali dia hadir. Kadangkala aku sendiri disibukkan oleh pelbagai tugasan sebagai pelajar undang-undang. Bukanlah sesuatu yang mudah bagiku sebagai seorang yang suka menulis.
Esok hari cuti, tidak ada kelas.. Harap harap malam ini, malam senyum padaku..
Khamis, Julai 26, 2007
Rabu, Julai 25, 2007
Sebuah Tulisan yang Perlahan
Kasih sayang pada blog ini tidak berbelah bagi.. Sebuah perjalanan penulisan yang perlahan di blog ini bukanlah simbolik pada rasa kecewa atau putus asa, atau tidak mahu menulis blog lagi. Kesibukan yang tak menentu, maka blog ini pun tidak menentu keadaannya.. Aku tetap mahu menulis, kerana aku suka menulis... Tunggulah.. Blog ini nescaya tidak akan hilang lagi ruhnya..
Ini juga sebuah tulisan yang perlahan,
sembunyi di balik wajah tidak berperasaan,
dalam jiwa berkocakan,
menanti turunnya bintang ke ribaan.
Ini juga sebuah tulisan yang perlahan,
sembunyi di balik wajah tidak berperasaan,
dalam jiwa berkocakan,
menanti turunnya bintang ke ribaan.
Langgan:
Catatan (Atom)