Sabtu, Januari 20, 2007

Mengharap Zaman Yang Lebih Baik

Menyusur hidup yang hampir mencecah 21 tahun ini bukanlah sesuatu yang mudah.. jatuh bangun pengalaman hidup menjadi guru terbaik. Dalam sedar atau tidak, 1428H sudah menghadirkan diri bakal membawa cerita baru dan untuk mengenang cerita lama. Setiap yang terjadi tahun lepas (1427H), moga menjadi sejarah yang akan mengajar aku untuk menghadapi tahun baru ini dengan lebih baik.

1428 ini, aku mengharapkan zaman yang lebih baik, jauh daripada bencana dan sentiasa dilimpahi rahmat, dan setiap ukhwah yang terjalin, akan terus kekal takkan putus putus. Mengharap zaman yang lebih baik bukanlah perkara yang senang senang begitu, terlalu byk perkara tentang diri sendiri, luar dan dalam yang mesti diperbaiki. Alam dan orang di sekelilingku juga mempengaruhi harapanku tentang zaman yang lebih baik.

Selamat datang 1428, hadirmu aku sambut dengan sejuta syukur dan segunung harap bersama selembar doa yang kan ku ulang hari hari. Sejarah mengajar aku tentang harapan zaman yang lebih baik.

Isnin, Januari 01, 2007

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru buat semua insan di dunia tetapi tahun baru ini sedikit tercemar pada pandanganku kerna matinya Saddam dengan penuh kontroversi dan kini di byk tempat, kita melihat ada rasa tidak puas berikutan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Saddam.

Sudah agak lama aku tidak menulis di blog ini, kerna aku juga sibuk mengendalikan satu lagi blog yang aku rasa sama penting dengan blog aku ni, malah kadang - kadang aku rasa blog tu lebih penting daripada blog aku sendiri.

Hari Khamis ni aku chow balik kampus dan blog ini akan kembali jadi slow.

Berkarya.