Selasa, Ogos 08, 2006

Seorang lelaki dan seorang gadis

Ini kisah seorang lelaki. Seorang lelaki yang tidak terlalu muda tapi tidak juga terlalu tua. Tidak juga terlalu pertengahan umurnya. Dalam kisah ini ada seorang gadis juga sebagai pelakon utama, seorang gadis comel yang agak muda. Ini sebuah kisah yang teramat stereotaip, aku yakin kamu yang membaca pasti akan merasa keboringan tahap optimum.

Aku tahu mencarut, tapi aku tidak biasa melakukannya dalam blog ini. Aku juga pernah bercadang menjadi blogger yang lantang dan berani dan apa apa saja yang berkaitan. Difikir - fikirkan balik lebih baik jadi penulis blog yang berhemah dan berani pada tempatnya.

Maaf aku sudah lari sedikit dari cerita asal tentang lelaki dan gadis berkenaan. Aku sambung semula.. Kedua - dua mereka baru berkenalan dalam jangka masa yang amat singkat, terlalu singkat, dan pertemuan mereka pun hanya kebetulan semata - semata ( ini bukan cerita rekaan ). Aku ingatkan sekali lagi, cerita ini amat stereotaip, harap kamu semua masih terus sudi membaca.

Walaupun dalam perkenalan yang amat singkat, pada suatu hari gadis itu menyatakan luahan perasaannya kepada lelaki berkenaan ( ciss!!! ini memang cerita stereotaip). Lelaki berkenaan serba salah. Serba salah kerana terlalu mudah cinta di hati gadis berkenaan berputik dalam perkenalan yang teramat singkat. Lebih membebankan kerana mereka berdua punya pegangan agama yang berbeza. Lelaki itu Muslim - Gadis itu Kristian. ( walaupun stereotaip tapi aku tak menceritakan kisah rekaan )

Hari demi hari, lelaki itu semakin serba salah...

*disebabkan mereka baru kenal maka sambungan cerita ini mungkin akan disiarkan dalam beberapa minggu atau beberapa bulan yang akan datang pula

Tiada ulasan: