Selasa, Jun 13, 2006

Masih tentang abdullahjones

Aku tak tahu sebab apa aku masih terlalu excited dengan abdullahjones. Aku masih tertanya - tanya mengapa dia mampu menghasilkan penulisan yang sebegitu.. aku bagaikan terasa abdullahjones mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada penulis - penulis ternama yang lain. Mengapa begitu? dan aku masih belum dapat menjawabnya. Aku tidak suka dibayangi oleh penulisan orang lain tapi aku masih belaja. Aku mengambil pengaruh seperti a samad said, allahyarham usman awang, penulis muda faisal tehrani dan penulis thriller ramlee awang murshid dalam proses pembelajaran penulisan aku.. dan kini aku terasa seperti abdullahjones telah menjadi satu lagi pengaruh kepada aku.

p/s : artikel bermutu memang sukar terhasil kecuali oleh mereka yang begitu

1 ulasan:

abdullahjones berkata...

Oh! kamu tidak perlu berfikir apabila membaca tulisan saya. Biarkan saya sahaja yang berfikir. Tugas kamu adalah membaca dan menghebahkan kehebatan saya.