Sabtu, November 10, 2007

Buku Lama, Baru Baca - sambungan

Entri ni adalah sambungan kepada entri di bawahnya.. yerla, dah nama pun sambungan.. berbicara kembali tentang buku ini. Saudara Zabidi, pada penilaian peribadi aku, telah cuba menulis buku ini sejujur yang mungkin. "Arqam:Tersungkur di Pintu Syurga", adalah satu kerja yang mudah-mudahan mendapat keberkatan drpd Allah Ta'ala.

Apabila dalam proses membaca buku tulisan saudara Zabidi ini, aku sedar satu perkara, bukanlah semua perkara tentang Arqam itu buruk-buruk belaka. Secara praktikalnya aku juga tidak setuju dengan pengamalan Aurad Muhammadiah itu, kerana seperti yang dibincangkan dalam buku berkenaan, Aurad Muhammadiah itu memanglah tidak sama dengan jalan yang sepatutnya kita ikuti, iaitu Ahlul Sunnah Wal Jamaah..

Tetapi, ada tetapinya. Secara jujur aku kagum dengan organisasi Arqam itu sendiri. Pentadbirannya, aktiviti ekonominya yang mencakupi pelbagai sektor, memang sesuatu yang boleh dijarikan tauladan. Aku bukan katakan Arqam itu bagus, tetapi pendekatan dalam perkara lain itu, seperti aktiviti ekonomi, ada yang elok sebenarnya.

Walau bagaimanapun, bahagian yang paling aku suka dalam buku ini, apabila saudara Zabidi membongkar mengenai Yaqazah, yang konon-kononnya Asaari itu boleh berkomunikasi terus dengan Rasulullah s.a.w. Apabila dibongkar, Asaari kata dia guna Azura, salah seorang isteri kepada pemimpin kanan Arqam sebagai orang perantara untuk berhubung dengan Rasulullah s.a.w. Memang tak masuk akal langsung.

Hakikatnya, si Azura ni, memang awal awal dah tau yang ada "something wrong" dengan Asaari. Dia pun tipu Asaari, bahawa dia boleh berhubung dengan Rasulullah s.a.w, memang Asaari kena tipu hidup-hiduplah. Dia tipu Asaari sebab dia nak terus berdamping dengan Asaari dan hidup senang kerana boleh dikatakan "finance" Arqam memang "steady".

Akhirnya, atas segala usaha, tiada lagi Arqam, tetapi baru-baru ini ada jugak berita-berita yang mengingatkan rakyat Malaysia tentang saki baki pengikut Arqam yang mungkin masih seperti dulu lagi, tak berubah-ubah.

Buku lama, tetapi baru baca, ini buku yang patut semua orang baca, jangan terkecuali walaupun seorang penduduk Malaysia. Buku lama, masih boleh baca lagi, banyak teladan yang boleh dicontohi, banyak juga benda yang tak elok wajar dan mesti dijauhi. Kita bukan manusia sempurna, tapi janganlah sampai akidah rosak binasa.

p/s: Maaf kerana dicampuraduk dengan Bahasa Inggeris, tetapi telah saya ikat dengan pengikat kata supaya tidak dikatakan sesuka hati menggunakan bahasa rojak, walaupun sebenarnya agak rojak juga... Sesiapa belum baca buku ini, bolehlah cuba cari di kedai-kedai buku, itu pun kalau ada di pasaran lagi.

3 ulasan:

imansyah'09 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Kumpulan A-Arqam mmg jadik suatu isu yg hangat suatu masa dulu,dan jg suatu isu yg mmg perlu dihapuskn daripd memesong akidah umat masa kini..saya mmg setuju ngn penulis ttg kestabilan ekonomi Asaari,Rufaqa Corporation adalah hak miliknya..dan diorg ada bandar ekonomi sendiri kt Rawang kalo x silap..kagum jgk la..

Tanpa Nama berkata...

Rufaqa Corporation?Satu nama yg gah jgk dlm arena perniagaan..tp x silap company tu kena banned,if x silap..