Khamis, Ogos 02, 2007

Kita ini budak nakal

Kita ini budak nakal,
mencuri waktu fardhu,
bukan sedikit tapi selalu.

Kita ini budak nakal,
tika puasa kita menipu,
siang hari makan nasi belakang pintu.

Kita ini budak nakal,
anak dara orang habis kita sapu,
terbuanglah bayi tiada berbapa tiada beribu.

Kita ini budak nakal,
dadah kita hisap gam kita hidu,
hidup merana tiada siapa nak ambil tahu.

Kita ini budak nakal,
tidak tahu nak guna akal,
insafi diri kembali ke jalan yang pangkal.

Rabu, Ogos 01, 2007

Sebuah kesibukan

ini adalah sebuah cerita tentang kesibukan.. tentang kehidupan yang kadang kala di rasai penuh dengan tekanan, tugasan tugasan yang perlu diselesaikan semakin berlambakan..

kerja itu dan kerja ini perlu siap dalam masa yang telah ditetapi, tiada lagi alasan itu dan alasan ini.. banyak benda nak dikemaskini dan diperbaharui...

lima subjek yang mencabar. buat semangat terbakar, tapi ada masanya semangat itu mahu juga pudar..

ambil sedikit kesempatan di hujung kelas ekonomi ini, meluah rasa yang terbuku di hati.. mahu sekali dilegai.. di sana masih banyak yang menanti.. jumpa lagi..