Sabtu, September 23, 2006

Entri luahan hati di kala dinihari

Tajuk entri ni bagi aku agak jiwang sedikit, tak sikit la, banyak jugak la bagi aku. Aku chatting dengan seorang classmate aku masa kat Kolej MARA Banting dulu (nama beliau dirahsiakan), sekarang beliau dah kat oversea pun. Berbual tentang kehidupan yang sudah berubah sejak 2 ke 3 tahun dan macam macam perkara berlaku dalam jangka waktu yang terlalu singkat itu.

Kadang kadang rasa ralat dan sebak (tapi aku tak nangis la), sebab perjuangan aku dengan kawan kawan kat KMB dulu separuh jalan je. Tak tercapai cita cita nak bersama diaorang sekarang merantau ke negara orang. Aku masih di bumi sendiri dan bersendiri bersama hati yg cuba aku ajari agar jadi tabah dan terus berani.

Jadi kepada kawan - kawan exKMBku (itupun kalau korang rasa aku still kawan korang), andaikata korang baca entri ini, ingat ingatlah aku dalam doa kalian. Moga bisa ketemu semula.

ANDAI AKU TIDAK LAGI DI SINI

Manisnya madu tidak semanis detik bersama kalian,
Terang siang dengan pancar suria
mana mungkin sama dengan cahaya persahabatan ini,
Namun jauh di hujung sana,
Pintu yang menanti kita belum tentu sama,
Andai aku tidak lagi di sini,
Mentari tetap hadir dari timur,
Di barat pula ia masih menghilang diri,
Mana ada yang berbeza,

Sulaman kenangan yang ku tekat pada hati,
Tidakkan ku biar lusuh dan pudar dimakan waktu yang pergi,
Ku tatap dan ku renung saban hari,
Andai aku tidak lagi di sini,
Panas gurun sahara langsung tak padam,
Sejuk antartika mana mungkin kan suram,
Segalanya sama sahaja.

Insan bernama teman,
Bertandang pada detik keindahan,
Tidak lari pergi tika terluka kedukaan,
Kalianlah yang merwarnai kehidupan,
Andai aku tidak lagi di sini,
Kutahu tiada cerita untuk ditangisi,
Sekadar pergiku tidak ingin diingati,

Andai aku tidak lagi di sini,
Hanya puisi pengganti diri,
Kalimah puitis kucuba ukiri,
Untuk teman yang ku sayangi,
Dari ruang yang sepi,
Kutiupkan bayu kerinduan sejati,
Bila - bila nanti kita bisa dipertemukan kembali.

5 ulasan:

bluecherry @ fai berkata...

So nice.. teringat kat member2 di kolej IPM masa tahun 96/97

faizalnizam berkata...

terkejut plak saudari memberi komen trhadap entri ni.. saya menyangka akan dpt komen dr my old frens.. rupanya dari saudari bluecherry.. thx

AN berkata...

aku tentu sahaja salah seorang antara ramai-ramai kawan seperjuangan kau di bumi KMB dulu. perjuangan kau separuh jalan. dan aku menamatkan 2 tahun itu. sahabat, aku mengira separuh jalanmu itu punya harga, malah bisa lebih mahal dari 2 tahun milikku dulu. kerana kau belajar erti tabah dan berani lebih awal lebih dari aku. kau merasa sakit lebih dari aku. dan sakit itu bisa membawa kau lebih dekat dengan-Nya, dengan makna hidup. sedang aku masih belum mengerti. sahabatku, doa tak lupa kutitip usai suruhan fardhu itu aku tunaikan. kuharap kau pun begitu. ketemu lagi hendaknya, dengan ihsan dari Tuhan. salam~

Tanpa Nama berkata...

I wanted to comment, the very first time I read this. But I wanted to be anonymous, and then I figured, it would be quite impossible to be anonymous, being who I am, and who you are, if our classmates read this.No? :) But for you, I suppose it doesn't matter. They know and we know, let's just get on with it.

Our struggle together never ended; we just went down separate paths but we still fight alongside hand in hand. There isn't a day you're not with us in our thoughts, in what we say and do. Because you left us with a memory of friendship and love and strength that in its own special way, helps us overcome the hurdles of KMB and IB, and the challenges of a foreign country.

For everything you mean to me ,thank you.

faizalnizam berkata...

to anonymous above.. thanks for your writing... harapnya kenangan yang kita cipta dahulu akan terus kekal dalam ingatan untuk kita jadikan pengajaran dan pengalaman.. moga - moga masih ada peluang untuk sama sama berjuang..