Jumaat, Jun 30, 2006

Gelap ... ??

Aku sampai ke sana lewat malam. Semua rumah sudah tiada bercahaya. Jalan - jalan pun sunyi sepi. Malam itu sangat gelap, tiada bulan tiada bintang. Gelap, tapi mujur ada lampu - lampu jalan yang menyala. Malam yang gelap dan dingin. Sejuk. Aku tidak pernah sampai ke sana, ini pertama kalinya. Bagai manusia yang tersesat ( sebab aku memang sesat ), maka aku melilau lilau di kawasan perumahan itu. Aku terus melilau dan tetap melilau lagi, susah benar melilau dalam pekat gelap malam, walaupun berteman cahaya lampu jalan. Setelah penat melilau aku keletihan dan duduk di tepi jalan merenung langit malam yang gelap dan aku gagal memahaminya, gagal memahami mengapa aku tersesat di waktu begini dan di tempat begitu.

Aku harap aku hanya bermimpi kemudian aku tidak tahu apa yang berlaku..

p/s : sungguh tidak berguna tulisan di atas, aku langsung tidak mendapat sebarang manfaat daripadanya, andai kamu dapat sebarang manfaat, tolong beritahu aku kerana itu akan menjadikan kamu seorang hero yang tidak faham apa - apa..!! ( maka sudah tentu kamu tidak akan memberitahu aku kan?? )

Tiada ulasan: